Berita Terkini

10 jam yang lalu: Kekurangan guru: NUTP mohon KPM tawar semula jawatan guru sandaran 10 jam yang lalu: BAMTC: Peluang Malaysia Ke Separuh Akhir Cerah 10 jam yang lalu: Tadbir urus yang baik harapan baharu untuk banteras rasuah - TI Malaysia 10 jam yang lalu: Anwar terima teguran, beri penjelasan berhubung lantikan Nurul Izzah 10 jam yang lalu: Dasar tender terbuka berupaya tingkat pendapat negara - Ahmad Maslan

IKUTI KAMI


Segera Kuatkuasa Akta IPCC, Tapi Perlu Teliti Dahulu - Pakar

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perpaduan digesa menguatkuasakan terlebih dahulu Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, Julai lalu.

Pakar Perlembagaan dan Undang-Undang, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, akta berkenaan sewajarnya disambut baik pelbagai pihak kerana mampu mengurangkan salah laku dalam kalangan anggota polis dan menjamin keyakinan rakyat ke atas integriti pasukan keselamatan itu.

Menurut beliau, pelaksanaan rang undang-undang (RUU) itu juga dapat mengimbangi hak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengendalikan perkara yang memerlukan pembabitan pihak dalaman pasukan itu sendiri.

 Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood
Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood

“Suruhanjaya bebas ini mampu secara terus mengambil tindakan sekiranya terdapat anggota polis yang melakukan kesalahan. Ketika ini perkara itu di bawah pengelolaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

“Jadi, kalau nak pinda saya tidak setuju kerana akta tersebut belum lagi dilakukan. Bagi ruang dahulu dan selepas itu kita lihat, sekiranya nanti ada kelemahan terhadap suruhanjaya berkenaan, barulah boleh kita cadangkan untuk dipinda agar dapat ditambah baik,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sevan Doraisamy menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusahakan pindaan terhadap Akta IPCC.

Ketika membuat gesaan itu, Doraisamy mengingatkan Anwar kepada insiden ‘mata lebam’, iaitu antara kejadian yang berlaku sebaik Presiden PKR itu mencetuskan gerakan reformasi 24 tahun lalu.

Menurut beliau, sebagai ‘mangsa’ keganasan polis dan penahanan tanpa bicara, Anwar patut mengusahakan pindaan terhadap IPCC dan membuang undang-undang tahanan tanpa bicara.

Dalam hal ini, Nik Ahmad Kamal mengharapkan agar ahli IPCC dilantik segera agar imej, integriti dan disiplin pasukan keselamatan mampu dipulihkan, sekali gus kembali meraih kepercayaan orang awam.

“Pecepatkan pelantikan ahli suruhanjaya berkenaan agar mereka dapat menjalankan tugas mereka. IPCC ini telah pun digazetkan namun sehingga kini belum dikuatkuasakan walaupun kerajaan terdahulu saya rasa sedang dalam (melaksanakan) proses melantik,” katanya.

Ahli Majlis Profesor itu juga berpandangan, tidak seharusnya pihak yang menggesa Perdana Menteri meminda Akta IPCC mengingatkan kembali insiden ‘mata lebam’ dialami Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

“Biarkan perkara sudah lepas, lagipun ketua polis ketika itu sudah pun diambil tindakan. Ini masanya untuk pandang ke hadapan dengan melihat apa yang boleh kita lakukan untuk menambahbaik peranan pasukan polis.

“Undang-undang sedia ada pun sudah mencukupi, seperti kalau anggota polis terlibat dengan salah guna kuasa atau rasuah, kita ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan di dalam PDRM pun ada hukuman akan diambil jika melanggar disiplin.

“Saya rasa tidak timbul isu sekiranya diteruskan pelaksanaan peraturan sedia dan kerajaan menguatkuasakan juga Akta IPCC,” katanya.

Dr Hussain Yusri Zawawi
Dr Hussain Yusri Zawawi

Bagaimanapun, penganalisis politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi pula berpandangan, Anwar perlu melaksanakan kajian terperinci bagi meneliti akta tersebut sekiranya terdapat kelemahan dan kejanggalan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

Menurut beliau, Perdana Menteri perlu menjadikan pengalamannya ‘diseksa’ ketika di bawah tahanan polis sebagai panduan, agar tiada lagi penyeksaan atau kelakuan kejam dilakukan terhadap masyarakat awam atau ahli politik.

“Akta terbabit boleh dilihat semula oleh Perdana Menteri dan menggunakan pengalamannya ketika ditahan pihak polis untuk memperbaiki segala kelemahan dalam memperkasa integriti pasukan keselamatan.

“Jika ini dilakukan oleh Anwar dengan bersikap matang, sudah pastinya rakyat akan yakin dan meletakkan kepercayaan semula kepada polis untuk mengawal keselamatan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Hussain berkata, PDRM tidak seharusnya menggunakan kekerasan dalam mendapat maklumat kerana hanya mahkamah mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman terhadap penjenayah.

“Kalau kita bincang dari sudut integriti dan kuasa yang ada pada polis, sepatutnya isu seperti penderaan, tahanan serta penyeksaan tidak seharusnya berlaku dan lebih mengecewakan, ia dilakukan secara senyap tanpa diketahui umum kerana mereka berpegang kepada akta kepolisan dan kedaulatan undang-undang sebagai penguatkuasa.

“Polis kena soal siasat secara baik, bukan mendera suspek seolah-olah menjatuhkan hukuman pula sedangkan itu adalah tugas mahkamah. Orang yang ditangkap tidak boleh dianggap bersalah selagi mahkamah belum memutuskan,” katanya. - Getaran, 9 Disember 2022.

Sorotan

1

UMNO Jumpa RoS, Jelas Aduan Jawatan Presiden, Timbalan Tidak Dipertandingkan

2

Anwar Terima Teguran, Beri Penjelasan Berhubung Lantikan Nurul Izzah

3

PM Mahu Kontijen Malaysia Bawa Pulang Emas Pertama Olimpik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penambakan Tanah Batu Puteh, Singapura Setuju Dengar Hujah Malaysia

oleh Azril Annuar

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Komited Tangani Jurang Kritikal Kecemasan Kesihatan - Dr Zaliha

Semasa 15 jam yang lalu

Indonesia Sambut Baik Perubahan Dasar Pengurusan Pekerja Asing Di Malaysia

Politik 1 hari yang lalu

Contohi Tun M, Khairy Perlu Rasional Bila Bertindak - Penganalisis

oleh Aiman Sadiq