web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JPM Nafi Ismail Sabri Dilantik Pengerusi Petronas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 10:07AM

JPM menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan maklumat yang tular di media sosial menerusi hantaran bertajuk ‘Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas’ adalah palsu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan dakwaan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Pengerusi Petronas.

JPM menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan maklumat yang tular di media sosial menerusi hantaran bertajuk ‘Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas’ adalah palsu.

“JPM ingin merujuk kepada hantaran yang tular di media sosial bertajuk ‘Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas.

“Maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu,” katanya.

Justeru, JPM menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak sahih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkongsi catatan JPM mengenai perkara tersebut melalui Facebook beliau.

Berdasarkan hantaran yang tular itu, Ismail Sabri disebut-sebut akan dilantik sebagai Pengerusi Petronas yang baharu dan ia turut dipersetujui Anwar.

Hantaran tersebut turut mendakwa perkara tersebut sudah dibincangkan dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen Bera itu di Pejabat Perdana Menteri baru-baru ini.

Terdahulu, Anwar menerusi hantaran di Facebooknya kelmarin, memaklumkan telah mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri di Putrajaya.

Anwar berkata, beliau menghargai kesudian bekas Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO itu untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya berkaitan pelbagai isu semasa.

"Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan," katanya.

Beliau turut memuat naik sekeping foto yang diambil semasa pertemuan kedua-dua pemimpin.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada 24 November lalu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 manakala Ismail Sabri adalah Perdana Menteri kesembilan. – Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

2 Anak Malaysia Galas Tugas Jurutera Bendalir F1 Mercedes-AMG PETRONAS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad