web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPR Lihat Kemungkinan Panjangkan Tempoh Melebihi 60 Hari Untuk Adakan Pilihan Raya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 7:10AM

SPR sedang melihat kemungkinan memanjangkan tempoh untuk mengadakan pilihan raya melebihi 60 hari. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang melihat kemungkinan memanjangkan tempoh untuk mengadakan pilihan raya melebihi 60 hari selepas pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sepertimana yang diperuntuk ketika ini. 

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata perkara itu bagi membolehkan suruhanjaya berkenaan melakukan persiapan sebaik mungkin berikutan pertambahan jumlah pengundi yang banyak setiap tahun di negara ini.

"Kita akan cuba panjangkan lagi sebab tempoh sekarang ini (60 hari), daripada dahulu hingga sekarang agak sempit (suntuk) sikitlah dengan keadaan jumlah pengundi yang banyak iaitu daripada 14.9 juta sebelum ini meningkat kepada 21.1 juta.

"Kita juga kena ingat pengundi berusia 18 tahun ini tiap-tiap tahun akan bertambah sebanyak setengah juta, jadi (jumlah pengundi) akan bertambah dan terus bertambah," katanya pada sidang media malam ini.

Terdahulu, beliau hadir ke pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 bagi Parlimen Padang Serai di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di sini.

Menjelas lanjut, Abdul Ghani berkata berikutan peningkatan jumlah pengundi, SPR perlu melakukan persiapan termasuk menyediakan pusat dan saluran mengundi serta petugas agar proses pilihan raya dapat dilaksana dalam keadaan selesa.

Beliau juga berkata pihaknya berharap pilihan raya bagi enam negeri yang belum mengadakannya dapat dilaksanakan secara serentak bagi memudahkan urusan SPR.

"Ia akan memudahkan petugas kita, memudahkan kita membuat penyelarasan, itu yang terbaik tapi dari segi kos, sama juga," katanya.

Ditanya waktu yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan, Abdul Ghani berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa dalam hal itu dan ia terpulang kepada kepimpinan negeri terbabit.

Beliau juga berkata pilihan raya bagi keenam-enam negeri dianggarkan menelan belanja kira-kira RM450 juta.

Abdul Ghani berkata secara keseluruhan, proses pengundian bagi Parlimen Padang Serai di Kedah dan DUN Tioman di Pahang berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi agak baik.

"Secara keseluruhan saya lihat untuk PRU15, peratus keluar mengundi ialah sebanyak 74.71... satu gambaran masyarakat kita mengambil tanggungjawab untuk keluar mengundi," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam