web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kekurangan Bekalan Telur Di Johor Juga Kerana Pasaran Luar, Eksport

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 4:13PM

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip berkata Johor adalah antara pengeluar telur terbesar di negara ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Kekurangan bekalan telur ayam dalam pasaran di negeri ini disifatkan belum mencapai tahap kritikal sebaliknya keadaan itu disebabkan peningkatan permintaan di Melaka dan Negeri Sembilan serta eksport ke Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip berkata Johor adalah antara pengeluar telur terbesar di negara ini. 

"Isu telur di Johor kita sebenarnya tidak menghadapi kekurangan kritikal. Bekalan memang kurang tetapi tidak kritikal sebab Johor merupakan antara pengeluar telur terbesar juga (dalam negara). 

"Cuma kita maklum kebanyakan dieksport ke Singapura dan dipasarkan ke negeri lain seperti Melaka dan Negeri Sembilan, sebab itu nampak kekurangan. Tetapi dari segi pengeluaran, tidaklah berkurangan, cuma permintaan lebih sebab perlu juga penuhi eksport," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap itu berkata Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan persatuan usahawan tani memaklumkan bekalan makanan melibatkan hasil laut dan tanaman mencukupi walaupun berlaku pengurangan kutipan hasil khususnya akibat musim tengkujuh bulan lepas.

"Berdasarkan maklumat, memang terdapat kekurangan pendaratan ikan disebabkan beberapa faktor seperti nelayan kurang turun ke laut, tetapi mengikut rekod permintaan musim tengkujuh lepas, bekalan sedia ada mencukupi.

"Situasi sama turut melibatkan hasil pertanian seperti sayur-sayuran, kerana ada beberapa kawasan penanaman terjejas akibat hujan lebat, namun tidak menjejaskan permintaan bekalan ketika ini," katanya.

Dalam pada itu, Zahari berkata pihaknya sedang mengatur pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu bagi membincangkan isu-isu berkaitan pertanian di Johor dalam masa terdekat.

"Saya sedang merancang pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyatakan hala tuju pertanian kerajaan Johor kerana bidang pertanian merupakan antara sektor eksport utama negeri.

"Johor juga perlu kerjasama pusat bagi menjayakan pelbagai inisiatif yang telah dirancang seperti agenda makanan Johor dan juga lembah lada hitam. Jadi kami berharap pertemuan itu dapat digunakan sebaiknya untuk kesejahteraan dan keterjaminan bekalan makanan bukan sahaja untuk Johor, tetapi juga Malaysia," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 50 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

2

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja