web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tengku Zafrul, 2 Lagi Dipanggil SPRM Bantu Siasatan Isu Dana RM600 Bilion

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 3:41PM

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan dua lagi ahli politik terkemuka bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM600 bilion.

Menurut sumber, selain Zafrul, dua lagi ialah Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Siasatan itu dipercayai berkaitan dakwaan penyelewengan RM600 bilion semasa Muhyiddin menerajui kerajaan, terutama ketika negara berdepan ancaman pandemik COVID-19.

Zafrul dilantik sebagai Menteri Kewangan semasa pentadbiran Muhyiddin dan meneruskan peranan sama dalam kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, Khairy pula memegang jawatan sebagai Menteri Sains dan Teknologi, sebelum dilantik Ismail Sabri sebagai Menteri Kesihatan pada Ogos tahun lalu.

Perkara itu dilaporkan Datuk Ahirudin Attan atau lebih dikenali sebagai RockyBru dalam blog miliknya.

Semalam, SPRM mengesahkan kepada Bernama bahawa badan anti rasuah itu sudah membuka kertas siasatan isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu, tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai siasatan berkenaan.

Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik COVID-19 pernah dibangkitkan mantan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pada 15 November lalu.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.

Anwar dilaporkan berkata, Kementerian Kewangan telah memaklumkan beberapa pelanggaran membabitkan isu itu.

Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri kelapan pula dilaporkan berkata, beliau tidak gentar jika perlu disiasat berhubung isu sama. – Getaran, 7 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran