web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kompaun Pelajar Tidak Wajar, Bukti Double Standard Pihak Berkuasa

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 3:36PM

Gambar menunjukkan pegawai KKM mengeluarkan kompaun kepada pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang tular di media sosial.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun ke atas enam penuntut Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng, nyata mencetuskan rasa tidak puas hati pelbagai pihak.

Majoriti mereka turut melahirkan rasa simpati ke atas nasib pelajar berkenaan, susulan jumlah kompaun yang dianggap membebankan.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh tidak terkecuali menzahirkan rasa kurang senang terhadap tindakan pihak berkuasa, apabila pelajar berkenaan dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Menurut beliau, tidak wajar kesemua penuntut berkenaan dikenakan kompaun yang membebankan, apatah lagi selepas mengambil kira kedudukan kewangan keluarga masing-masing.

“Difahamkan bahawa semua pelajar tersebut berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk membayar kompaun.

“Ia dilihat sebagai satu ketidakwajaran, kerana pelajar bukannya ada pendapatan tetap. Mereka seharusnya diberikan kesedaran dan amaran terlebih dahulu,” katanya kepada Getaran.

Tegas Hannah lagi, tindakan itu menunjukkan bahawa pegawai berkenaan tidak peka dengan realiti dan kehidupan rakyat yang tiada pendapatan, khususnya di kalangan pelajar.

“Saman yang tinggi itu tidak akan mengubah apa-apa. Adalah lebih baik jika pihak berkuasa yang terlibat menggunakan pendekatan lain untuk membantu pelajar berkenaan.

Pada masa sama, Hannah turut menyentuh isu double standard yang terjadi sejak kebelakangan ini, apabila ada segelintir pemimpin kerajaan, individu kenamaan (VIP) dan selebriti tidak berdepan sebarang tindakan, walaupun jelas mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) dikenakan.

Hannah Yeoh - Gambar oleh Syeda Imran
Hannah Yeoh - Gambar oleh Syeda Imran

“Terlalu banyak kes double standard berlaku antara rakyat biasa dan golongan kenamaan yang perlu dihentikan, jika kerajaan serius dengan misi mengekang penyebaran COVID-19,” katanya.

Pendapat sama turut disuarakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang melihat isu melibatkan pelajar matrikulasi tersebut sebagai penganiayaan di kalangan rakyat marhaen.

“Sebelum ini, kita semua sedia maklum bahawa terdapat banyak insiden melibatkan golongan VIP yang melanggar SOP, tetapi kes senyap begitu sahaja tanpa dikenakan tindakan sewajarnya.

“Undang-undang yang ada memang jelas menunjukkan wujud isu dua darjat, apabila individu yang berpangkat sering diberikan pelepasan, malah wujud sikap tolak ansur berbanding rakyat biasa,” katanya.

Jelasnya lagi, kompaun yang dikenakan juga dilihat sebagai sesuatu  yang membebankan tanpa mengambil kira masalah dihadapi pelajar tersebut.

“Kita akui bahawa pelajar berkenaan melakukan kesalahan melanggar SOP, tetapi dalam soal pelaksanaan peraturan undang-undang, pihak berkuasa yang terlibat perlu ada sifat adil dan berhemah apabila menyelesaikan masalah terbabit.

“Pegawai berkenaan sepatutnya tersebut lebih bijak dalam perlaksanaan undang-undang ini,” ujarnya lagi.

Khalid Samad - Gambar Bernama
Khalid Samad - Gambar Bernama

Terdahulu, kisah pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka tular di media sosial, apabila ramai mempertikaikan kewajaran tindakan berkenaan.

Ia susulan keadaan pelajar yang terpaksa tinggal di kolej selama lima bulan, tanpa dibenarkan keluar oleh pihak pengurusan.

Difahamkan, pihak KKM datang ke kolej berkenaan pada Ahad, selepas berlaku satu kes keracunan makanan di sebuah kafe di situ.

KKM sekali lagi datang pada keesokan hari, walaupun kafe berkenaan diberi notis penutupan selama dua hari, dan bertindak mengeluarkan kompaun kepada beberapa pelajar, kerana tidak menggunakan pelitup muka dengan betul.

Semua pelajar terbabit difahamkan menerima kompaun berjumlah RM1,500 setiap seorang.

Susulan bantahan ramai, Jabatan Kesihatan Perak mengambil keputusan mengurangkan kompaun dikenakan kepada enam pelajar terbabit, juga selepas menimbangkan rayuan dikemukakan semua penuntut itu.

Pengarahnya, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, ia hasil pertemuan dengan pihak pengurusan kolej dan pelajar berkenaan pada Selasa di Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. - Getaran, 22 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad