web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hentikan Permainan Berbaur Kaum Dan Agama, Masa Untuk Bersama Bangunkan Negara 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 9:36PM

Nik Nazmi mengimbas cap jari pada mesin perakam waktu elektronik pada hari pertama beliau memulakan tugas sebagai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, di Wisma Sumber Asli, Putrajaya, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak digesa tidak lagi memainkan sentimen perkauman dan agama dengan tujuan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan perpaduan. 

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan tersebut mampu menimbulkan impak negatif, termasuk perpecahan kaum di Malaysia, yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa.

"Semua diminta berhenti memainkan isu perkauman dan agama dengan tujuan untuk menghasut rakyat dan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

"Tindakan tidak bertanggungjawab dalam mengapi-apikan sentimen perkauman ini boleh menimbulkan lebih banyak perkara yang tidak diingini," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata, sudah tiba masanya semua pihak bersatu dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. 

"Kita perlu bersama-sama memberi fokus sepenuhnya untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dan mengembalikan semula kestabilan politik negara.

"Saya menyeru sekali lagi agar pihak berkenaan berhentilah mainkan isu sedemikian demi masa depan anak-anak kita dan negara," katanya. 

Terdahulu, Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan kerajaan baharu serta pemimpin politik negara ini berhenti daripada membangkitkan isu perkauman atau agama dengan tujuan menghasut masyarakat.

Tuanku Muhriz turut menitahkan agar kerajaan baharu yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU—15) imenggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memacu negara ke tahap lebih tinggi.

"Beta menyeru kerajaan baharu untuk memupuk semangat kebersamaan atau spirit of togetherness di kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan budaya," titah baginda dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 di Istana Negara, yang berakhir baru-baru ini. - Getaran, 6 Disember 2022. 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad