web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BERNAS Peruntuk RM50 Juta Kepada Pesawah, Anwar Mahu Hapus Monopoli

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 7:02PM

Anwar memberi jaminan bahawa kerajaannya tidak lagi membenarkan monopoli industri oleh tokoh tertentu yang memangsakan pemain kecil. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mengambil langkah awal untuk menghentikan monopoli beras sejak sekian lama oleh Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) demi kepentingan pesawah tempatan.

Dalam sidang media hari ini, Anwar memberi jaminan bahawa kerajaannya tidak lagi membenarkan monopoli industri oleh tokoh tertentu yang memangsakan pemain kecil.

Beliau berkata, perkara itu telah disampaikan secara jelas kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, taikun perniagaan yang mengawal BERNAS, dalam perbincangan baru-baru ini mengenai hak import eksklusif yang diberikan kepada syarikat miliknya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau juga menegur Syed Mokhtar semasa perbualan mereka berhubung monopoli syarikatnya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, ia tindakan kejam terhadap Syed Mokhtar jika kerajaan akan menarik balik serta-merta permit import yang diberikan kepada BERNAS, berikutan tanggungjawab kewangan besar ahli perniagaan itu daripada pengambilalihan syarikat tersebut sebelum ini.

Sebaliknya, beliau berkata, Syed Mokhtar bersetuju memperuntukkan dana khas untuk diagihkan kepada golongan miskin, petani tempatan dalam jangka pendek.

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

“Saya menggesa beliau melakukan sesuatu segera. Beliau akan memperuntukkan RM10 juta kepada petani bulan ini, dan mulai tahun depan, RM50 juta akan diperuntukkan oleh BERNAS.

"Inilah yang anda panggil tadbir urus yang baik. Bukan semata-mata mengutip slogan Melayu-Islam, tetapi pelaksanaannya (juga penting)," katanya di Pejabat Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Menjelaskan mengenai pemilikan BERNAS, Anwar berkata, untuk berlaku adil kepada Syed Mokhtar, hak import beras yang diberikan kerajaan bukan khusus kepada mogul perniagaan itu, sebaliknya syarikat miliknya, BERNAS.

Beliau berkata, pada masa perjanjian itu dibuat, 31 peratus saham BERNAS dimiliki oleh Tan Boon Seng, manakala sebuah lagi syarikat milik Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim juga mempunyai kepentingan di dalamnya.

Jelas Anwar, Syed Mokhtar kemudiannya membeli saham daripada Boon Seng dengan harga RM800 juta, dan membayar RM400 juta lagi kepada firma milik Shahidan.

"Oleh itu, sudah tentu beliau (Syed Mokhtar) mempunyai obligasi kewangan untuk ditunaikan. Tetapi saya ingin memberikan komitmen bahawa kerajaan di bawah pimpinan saya tidak akan sekali-kali membenarkan monopoli oleh ahli politik tertentu,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak boleh meletakkan beban semata-mata kepada Syed Mokhtar dengan membatalkan hak import eksklusif kepada BERNAS sehingga kerajaan dapat menentukan keuntungan yang diperoleh ahli perniagaan itu dan sama ada beliau memperoleh pulangan kewangan munasabah. - The Vibes, 5 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar