web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kabinet Kerajaan Perpaduan Mula Bertugas, Hadir Mesyuarat Khas Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kabinet kerajaan perpaduan akan memulakan tugas secara rasmi dengan menghadiri mesyuarat khas jemaah menteri yang pertama dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Selain menghadiri mesyuarat khas yang menetapkan peraturan baharu, dua Timbalan Perdana Menteri dan beberapa Jemaah Menteri dijadual mengimbas kad perakam waktu (clock-in) di kementerian masing-masing, sebagai simbolik permulaan tugas rasmi mereka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dijangka mengadakan sesi clock-in, pada sekitar jam 8 pagi dan akan menghadiri majlis sambutan selamat datang sebagai menteri selepas mesyuarat khas itu pada jam 10 pagi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi akan mengimbas kad perakam waktu tugas menteri pada jam 8.30 pagi di bangunan kementerian itu dan dijangka clock-in di Pejabat Perdana Menteri pada 12 tengah hari.

Bagi barisan menteri pula, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengesahkan beliau akan mengimbas kad perakam waktu pada jam 8.30 pagi, disusuli sesi taklimat di kementerian berkenaan sebelum menghadiri mesyuarat khas itu.

Turut mengadakan sesi merakam waktu tugas sebagai menteri bagi hari pertama pada jam 8.30 pagi, ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub; Menteri Sains dan Teknologi Chang Lih Kang; dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sementara itu, Menteri Agama Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau akan merakam detik simbolik memulakan tugasnya secara rasmi pada jam 9 pagi serta mengadakan majlis bacaan Yasin di kementerian itu sebelum menghadiri mesyuarat khas Kabinet.

Menteri Komunikasi Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil pula dijadual mengadakan sesi mengimbas kad perakam waktu dan penyerahan nota serah tugas pada jam 11 pagi, diikuti sidang media selepas sesi taklimat kementerian itu pada jam 12.30 tengah hari.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu akan menghadiri majlis perjumpaan bersama pengurusan tertinggi kementerian berkenaan dan mengadakan sesi clock-in, yang dijadual bermula pada jam 1.30 tengah hari.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan pula dijadual hadir ke majlis sambutan serta memulakan tugas sebagai menteri di Foyer Wisma Pertahanan di sini, pada jam 2.30 petang.

Beberapa menteri turut memaklumkan akan memulakan tugas rasmi selepas selesai mesyuarat khas Kabinet iaitu Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang dijadual mengadakan sesi clock-in pada jam 3 petang di Kementerian Kerja Raya, di sini.

Selain itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, mereka akan memulakan tugas rasmi di kementerian masing-masing, sebaik selesai mesyuarat khas itu.

Kelmarin, dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad