web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rafizi Kembali Aktif Di Twitter Tapi ‘Kunci Mulut’ Kerjasama PH-BN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 8:06PM

Rafizi memuatnaik swafoto dan hantaran di Twitter dalam tulisan berbentuk santai kepada pengikutnya. - Tangkapan layar dari Twitter Rafizi Ramli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak tertubuhnya kerajaan perpaduan menerusi pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 November lalu, Rafizi Ramli yang juga Timbalan Presiden PKR mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ mengenai kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang baru mengangkat sumpah sebagai Menteri Ekonomi semalam, kembali aktif di Twitter tetapi ciapan Ahli Parlimen Pandan itu lebih berbentuk sembang santai bersama pengikutnya.

Malah Rafizi sempat bergurau dengan netizen meminta individu yang ‘gemuk’ untuk bersenam.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan rakan Kabinetnya dan pemimpin pembangkang supaya kembali ke rutin asal iaitu melakukan tugas dengan baik untuk rakyat.

“Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dah selesai, kerajaan dah ada. Masa untuk kita kembali ke rutin harian.

“Cari rezeki halal, buat terbaik dalam semua benda, berbakti dan cari reda Allah. Yang kerajaan, yang pembangkang, buat terbaik untuk rakyat,” katanya hari ini.

Ketika ditanya salah seorang pengguna Twitter mengenai bila sidang media pertamanya sebagai Menteri Ekonomi, Rafizi berkata, ia akan diadakan sejurus selepas taklimat kementerian dan perbincangan dengan Perdana Menteri.

Maklum balas Rafizi di ruang komen ciapan tersebut turut mendapat perhatian netizen yang meminta beliau untuk terus aktif di platform media sosial itu selepas ini.

“Harap YB (Yang Berhormat) update macam ni selalu. Kami rindu nak baca update dari YB. Tak keruan kalau tak dapat update. Hahaha,” kata _Rojhana.

Ditanya seorang pengguna Twitter mengenai bila beliau akan memasuki pejabatnya, Rafizi berkata, sesi ‘clock in’ secara tidak rasmi akan dilakukan petang ini.

“Petang ini secara tak rasmi. Esok ‘clock in’ rasmi,” katanya.

Selain itu, pengguna Twitter Bqio turut mendoakan yang terbaik kepada Rafizi yang kini menggalas tugas berat di Kementerian Ekonomi.

“Ia tugas berat. Saya tidak akan berputus asa,” katanya.

Menerusi ciapan di Twitternya semalam, Rafizi turut mendedahkan beliau antara yang terlibat dalam rundingan pembentukan kerajaan perpaduan.

“Terima kasih atas segata tweets dan lain-lain sejak keputusan PRU-15. Saya salah seorang yang mewakili PKR atau PH merundingkan kerajaan perpaduan.

“Tak cantik runding tapi bising di luar. Sekarang sudah tertubuh, Insya-Allah saya bagi pandangan selepas ini,” katanya.

Sementara itu, ditanya netizen mengenai pendiriannya mengenai jawatan Menteri Kewangan yang disandang Perdana Menteri, Rafizi bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen.

Beliau juga dilihat mengelak menjawab sebarang pertanyaan netizen yang berbentuk isu politik.

Rafizi sebelum ini cukup lantang dalam mengkritik tindakan Perdana Menteri terdahulu yang turut menyandang portfolio Menteri Kewangan dan pelantikan pemimpin yang terpalit kes mahkamah dalam senarai Kabinet.

Namun apa yang berlaku hari ini dilihat jelas bertentangan dengan pendirian beliau ketika siri ceramah PH sepanjang kempen PRU-15. - Getaran, 4 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek