web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


77 Saman, 11 Kenderaan Disita Dalam Ops Khas Saman Warga Asing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 6:05PM

Ops Khas Saman Warganegara Asing diadakan malam tadi di Jalan Putra, Ampang, bagi mengenalpasti dan mengambil tindakan terhadap kenderaan warga asing yang melakukan kesalahan lalu lintas. - Gambar ihsan Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 77 saman atas pelbagai kesalahan trafik dan 11 kenderaan disita dalam Ops Khas Saman Warganegara Asing serta sekatan jalan raya di Jalan Putra, Ampang, Selangor yang bermula pada jam 9.00 malam semalam, hingga tengah malam tadi.

Operasi itu dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya.

Menurut kenyataan Polis Daerah Ampang Jaya, ops itu bertujuan mengenalpasti dan mengambil tindakan terhadap kenderaan warga asing yang melakukan kesalahan lalu lintas.

“Tujuan operasi ini dijalankan adalah bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna kenderaan yang ditunggang atau dipandu warganegara asing.

“Kebanyakannya tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan tiada perlindungan insuran. 

“Keadaan ini bukan hanya membahayakan diri sendiri, malah membawa risiko terhadap keselamatan pengguna jalan raya lain,” menurut kenyataan di muat naik di Facebook itu.

Pada masa sama, kenyataan itu memaklumkan, saman dikeluarkan membabitkan 33 saman atas kesalahan tiada lesen memandu, manakala 44 saman disebabkan pelbagai salah laku trafik.

“Sebanyak 11 kenderaan disita di bawah seksyen 64 (1) APJ 1987 dan dibawa ke Balai Polis untuk proses panggil pemilik yang sah untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi seumpama ini akan diteruskan pada bila-bila masa bagi memastikan pengguna kenderaan mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas ditetapkan.- Getaran, 4 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek