web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MPM Percaya Hannah Yeoh Mampu Tingkatkan Martabat 'Pergerakan Paralimpik'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 4:33PM

Hannah Yeoh - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) percaya Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Hannah Yeoh berupaya mengangkat martabat 'Pergerakan Paralimpik' negara ini ke tahap yang lebih baik.

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yakin pengalaman Hannah sebagai bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini pasti membantunya untuk berada dalam kedudukan lebih baik untuk memahami cabaran dihadapi Orang Kurang Upaya (OKU).

Megat D Shahriman berkata ini berikutan kementerian yang pernah diduduki Hannah mengendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang melaksanakan program buat OKU dan menguruskan Kad OKU.

 Megat D Shahriman Zaharudin
Megat D Shahriman Zaharudin

“Melalui pengalaman beliau dalam kementerian dahulu, saya amat berharap YB Hannah akan lebih memahami keperluan OKU dan memberikan sokongan yang sewajarnya untuk terus memacu kedudukan Paralimpik di negara kita dan menghapuskan ketidaksamarataan terhadap OKU,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Kami akan terus memainkan peranan menyokong inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan OKU melalui sukan.

“Kami mempunyai atlet para bertaraf dunia yang telah mencapai pelbagai kejayaan. Kami juga mempunyai sistem sokongan kerajaan yang kukuh untuk mempromosikan sukan para di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Megat D Shahriman turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri atas pelantikan mereka dalam barisan Kabinet baharu.

Beliau berkata kedua-dua kementerian ini juga merupakan pihak berkepentingan utama MPM dalam pembangunan sukan para dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di sekolah Pendidikan khas dan pemulihan OKU menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 minit yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan