Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Video Tular Mengenai Perhimpunan Adalah Video Lama - KPN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 1:29PM

Acryl Sani Abdullah Sani berkata perhimpunan yang dimaksudkan adalah perhimpunan anti-ICERD yang berlangsung pada 8 Disember 2018 di Dataran Merdeka - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Video tular kononnya satu perhimpunan akan diadakan pada Khamis depan (8 Dis) adalah video lama dan ditularkan kembali pihak tidak bertanggungjawab bertujuan membangkitkan kegusaran awam dan kekeliruan.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan hari ini berkata semakan polis mendapati video berkenaan dirakam pada tahun 2018 semasa isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sedang diperkatakan.

Beliau berkata perhimpunan yang dimaksudkan adalah perhimpunan anti-ICERD yang berlangsung pada 8 Disember 2018 di Dataran Merdeka di sini.

“Video berkenaan ditularkan kembali oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan membangkitkan kegusaran awam dan kekeliruan, seolah-olah terdapat perhimpunan yang akan dianjurkan pada 8 Disember ini.

“PDRM menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebar atau berkongsi lanjut sekiranya telah menerima video berkenaan,” katanya menambah kerjasama pengguna media sosial amat diperlukan bagi mengelak berita tidak benar daripada disebarkan.

Menurutnya mana-mana individu yang dikesan menyebarkan video itu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (kenyataan-kenyataan yang boleh mendatangkan ketakutan awam) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan penyebaran sebuah video berdurasi dua minit 20 saat di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki memberikan ucapan berbaur perkauman di sebuah premis tertutup dan menyatakan sebuah perhimpunan akan diadakan pada ‘8 Disember 2022’.

Acryl Sani berkata sehingga kini, tiada sebarang maklumat mengenai perhimpunan yang akan diadakan oleh mana-mana pihak pada 8 Disember ini seperti yang cuba digambarkan.

Beliau turut mengulangi komitmen PDRM dalam menjamin keselamatan awam dan masyarakat dengan tindakan tegas akan diambil jika mana-mana pihak dikesan mengadakan sebarang perhimpunan atau perarakan di tempat terbuka yang boleh mengancam ketenteraman awam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Demi Palestin, Ratusan Ribu Penuhi Jalan Raya Di London 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Sasaran Nilai Rampasan RM1 Bilion Berjaya Dicapai, PDRM Komited Laksana Operasi Berkualiti 

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Jom Berarak Beramai-Ramai Ke Balai

Sorotan

1

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

3

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

4

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

5

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

6

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

7

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

MCMC Rakam Keterangan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Seludup PATI: Polis Tembak Tayar Pemandu Elak Sekatan Jalan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 7 jam yang lalu

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Saman Khairy Isu Vaksin Selesai, Lokman Adam Setuju Buat Permohonan Maaf