web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Pelajar Sekolah Ditahan Bergaduh Sebab Campak Duit Beli Minuman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 1:21PM

ACP Mohd Zaid Hassan berkata polis juga telah mengesan kejadian ini tular dalam media sosial semalam dan pergaduhan itu berlaku di dua lokasi berlainan berhampiran sebuah sekolah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perselisihan faham melemparkan duit ketika membeli minuman di kantin semasa waktu rehat membawa kepada pergaduhan menyebabkan dua pelajar di sebuah sekolah menengah di Kajang cedera, semalam.

Susulan itu, empat remaja lelaki berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun ditahan pada 8.50 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata polis juga telah mengesan kejadian ini tular dalam media sosial semalam dan pergaduhan itu berlaku di dua lokasi berlainan berhampiran sebuah sekolah.

Beliau berkata polis menerima laporan kes berkenaan semalam daripada seorang pelajar berusia 16 tahun menyatakan dirinya bersama seorang lagi rakannya telah dipukul sekumpulan pelajar sekolah.

“Punca kejadian disebabkan rentetan perselisihan faham di dalam sekolah (pada Rabu lepas) apabila pengadu telah salah faham dengan rakan suspek kerana disyaki melemparkan duit semasa membeli minuman di kantin pada waktu rehat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata perselisihan faham itu berlarutan apabila kedua-dua pihak telah bertumbuk akibat tidak berpuas hati dan suspek bertindak meminta bantuan daripada rakan-rakan sekolah lain untuk membalas dendam terhadap mangsa.

“Pemeriksaan ke atas pengadu dan mangsa mendapati kedua-duanya mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan badan. Kesemua tangkapan merupakan remaja bawah umur yang bersekolah di sekolah yang sama dengan pengadu. 

“Polis akan memohon reman kesemua suspek di Mahkamah Bandar Baru Bangi hari ini. Pihak polis juga masih mengesan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kes ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau pegawai penyiasat kes Insp K. Suresh menerusi talian 017-4333795 bagi membantu siasatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan