web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembentukan Kabinet: BN Sabah Rasa Tersisih, Anggap Agihan Tak Seimbang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 11:06AM

Bung Moktar menegaskan BN Sabah berasa tersisih. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Sabah, menyifatkan pengagihan portfolio menteri penuh yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seimbang apabila tiada seorang pun daripada tujuh Ahli Parlimennya dilantik ke jawatan itu.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ia juga tidak seimbang berbanding negeri jirannya, Sarawak yang mendapat lima portfolio, termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Justeru, beliau menegaskan, BN Sabah berasa tersisih atau dipinggirkan dalam pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

“Dua menteri mewakili Sabah, masing-masing daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) selaku komponen Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah terlalu kecil.

“Pembentukan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan ini nampaknya menyaksikan Sabah dipinggirkan dalam pelantikan portfolio, khususnya wakil daripada BN Sabah yang memberikan komitmen awal bersama BN Pusat untuk menyokong PH menjadi kerajaan dan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

“Tiada seorang pun wakil dari BN Sabah dalam Kabinet baharu ini. Berbanding Sarawak, mereka ada lima menteri,” katanya menerusi kenyataan media seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Bung Moktar berkata, BN Sabah memenangi paling banyak kerusi Parlimen di negeri berkenaan dengan tujuh kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), diikuti GRS (6), PH (5), Parti Warisan (3), Bebas (2) dan masing-masing satu daripada Perikatan Nasional (PN) serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Katanya, BN Sabah menyumbang kerusi kedua terbanyak selepas BN Johor daripada 30 kerusi dimenangi parti itu di seluruh negara pada PRU-15.

Malah, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berharap, peminggiran BN Sabah dalam Kabinet baharu itu bukan petanda peminggiran negeri berkenaan daripada perhatian Kerajaan Persekutuan, khususnya dalam aspek pembangunan.

“Kita tidak mahu Sabah sekali lagi dipinggirkan dalam aspek pembangunan, terutama pelaksanaan projek infrastruktur yang penting untuk kemudahan rakyat negeri ini.

“Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah umpamanya mesti diteruskan dan dipercepatkan. Kita tidak mahu melihat projek ini sekali lagi tergendala, seperti ketika PH menjadi kerajaan pada 2018,” katanya.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, Sabah memerlukan perhatian Kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan isu bekalan air bersih yang menjejaskan rakyat di seluruh negeri berkenaan.

Beliau turut menegaskan, isu lain yang perlu diberi perhatian untuk diselesaikan di Sabah adalah bekalan elektrik dan jalan luar bandar yang masih belum menyeluruh.

Terdahulu, Perdana Menteri malam tadi, mengumumkan barisan Kabinetnya yang membariskan 28 menteri.

Ia termasuk dua Timbalan Perdana Menteri, iaitu dipegang Pengerusi BN yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS). - Getaran, 3 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 41 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad