web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penceramah Bebas Didakwa Lagi Atas Tuduhan Rogol Remaja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 1:49PM

Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 30, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di sebuah hotel di sini, antara 2 pagi hingga 10 pagi, 3 Disember 2021 - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penceramah bebas yang sebelum ini didakwa atas sembilan pertuduhan berkaitan seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 14 tahun, hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol mangsa sama.

Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 30, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di sebuah hotel di sini, antara 2 pagi hingga 10 pagi, 3 Disember 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. 

Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh mencadangkan jaminan RM15,000 berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya yang mempunyai tiga isteri serta lapan anak adalah penanggung utama keluarga.

“Anak guam saya telah hilang punca pendapatan apabila kontraknya dengan sebuah stesen televisyen telah dibatalkan,” kata peguam itu.

Hakim Tasnim Abu Bakar membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan kesemua syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan serta menetapkan sebutan kes pada 17 Januari depan.

“Tertuduh, peguam dan mana-mana pihak diminta tidak mensensasikan kes ini di media sosial," kata Tasnim.

Pada 29 November lepas, penceramah itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap remaja berkenaan antara Jun 2021 dan Februari lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan