web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Klip Video Bendera Malaysia-Israel Dikibar Bersama, Polis Buka Kertas Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 10:35AM

Pengadu memaklumkan terlihat rakaman video berdurasi 47 saat itu di dalam satu kumpulan Whatsapp sebelum bertindak membuat laporan polis. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung penyebaran klip video menunjukkan sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku dan bendera Malaysia dikibarkan bersama dengan bendera Israel yang tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki warga tempatan pada jam 11.20 malam kelmarin.

Jelas beliau, pengadu memaklumkan terlihat rakaman video berdurasi 47 saat itu di dalam satu kumpulan Whatsapp sebelum bertindak membuat laporan polis.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian di dalam video tersebut berlaku pada September lalu ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke sebuah negara bersama dengan agensi pelancongan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, satu kertas siasatan dibuka dan kes telah disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Aka Komunikasi Dan Multimedia 1988.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan sebarang bahan berkaitan kejadian itu menerusi mana-mana platform.

Katanya, ini bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis serta menggugat ketenteraman awam.

Terdahulu tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dipercayai rakyat Malaysia sedang melakukan lawatan sambil menyanyikan lagu kebangsaan selain bendera Malaysia dikibarkan bersama dengan bendera Israel.

Menerusi rakaman video telefon pintar oleh salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut, mereka dipercayai berada di atas sebuah bot untuk menuju ke satu tempat.

Berdasarkan video berdurasi 47 saat itu, kelihatan mereka dengan penuh semangat menyanyikan lagu kebangsaan sambil melihat ke arah Jalur Gemilang bersama bendera Israel yang terletak di bahagian hadapan bot.

Seorang pengguna sosial media @IggyJerryboy di Twitter, turut memuat naik satu ciapan tentang situasi tersebut.

"Ini adalah satu aktiviti oleh pemilik bot di Sea of Galilee untuk semua penganut Kristian yang pergi menjalankan aktiviti ziarah agama di Jerusalem, Israel.

"Aktiviti ini dibuat hanya untuk menaikan semangat pengunjung dari Malaysia, sifat kekitaan sesama warga Malaysia tidak ada yang lebih dari itu," katanya di Twitter. – Getaran, 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad