web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Che’Gu Bard Dipanggil Polis Bantu Siasatan Hantaran FB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 4:11PM

Badrul Hisham Shaharin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’Gu Bard dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran dalam laman Facebook miliknya, ketika tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 4 (A) (1) Akta Pilihan Raya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia itu.

“Pada 17 November lepas, kita telah menerima laporan berkenaan satu hantaran yang dibuat dalam (laman profil) Facebook Che’GuBard Original susulan itu, kita telah menjalankan siasatan dan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 4 (A) (1) Akta Pilihan Raya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Lelaki berkenaan akan hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing hari ini untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Semalam, Che’Gu Bard, 44, menerusi hantaran di laman Facebooknya mengatakan polis membuka kertas siasatan ke atasnya berhubung dakwaannya berkaitan perlombongan emas, perlombongan pasir selain beberapa perkara mengenai bagaimana khazanah Mersing yang dipunggah keluar dan memberi impak negatif kepada penduduk di daerah berkenaan. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Audio Perbualan Tular, Zara Dedah Ketakutan Terhadap ‘Kakak M’

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemui Sebahagian Daripada Siasatan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad