Berita Terkini

2 hari yang lalu: Lebih 10,000 unit Residensi MADANI dan Wilayah disasar dibangunkan di Putrajaya bermula tahun ini - Dr Zaliha 2 hari yang lalu: Kerajaan teliti secara terperinci sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026- PM 2 minggu yang lalu: Kadar zakat fitrah bagi Terengganu ditetapkan RM10, RM22 seorang tahun ini - MAIDAM 2 minggu yang lalu: Zakat fitrah bagi negeri Sabah ditetapkan RM7.50 seorang tahun ini - MUIS 2 minggu yang lalu: Sebuah helikopter terhempas di Kuala Selangor pagi tadi - APMM

IKUTI KAMI


Ustaz, Ustazah Keluar Kenyataan Mengelirukan, Pihak Berkuasa Agama Perlu Proaktif, Bertindak Sewajarnya

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Nov 2022 8:34PM

Pihak berkuasa agama digesa lebih proaktif dalam bertindak terhadap individu termasuk individu bergelar ustaz dan ustazah yang dilihat mengeluarkan pelbagai kenyataan mengelirukan di media sosial. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa agama digesa lebih proaktif dalam bertindak terhadap mana-mana individu termasuk individu bergelar ustaz dan ustazah yang dilihat mengeluarkan pelbagai kenyataan mengelirukan di media sosial.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, tindakan itu perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bukan sekadar untuk menunjuk kuasa semata-mata.

Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid - Gambar fail
Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid - Gambar fail

"Sepatutnya forum ahli fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu proaktif. Jangan sampai tunggu orang tanya atau ada kes baru buat tindakan. 

"Tindakan pula perlu wajar, jangan yang sekadar untuk tunjuk ada kuasa. Macam-macam boleh dibuat," katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Beliau mengulas beberapa insiden yang menyaksikan individu bergelar ustaz dan ustazah didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan di media sosial baru-baru ini, sekali gus menimbulkan perdebatan awam.

Antara kenyataan dikeluarkan adalah minum susu secara berlebihan boleh menyebabkan mata menjadi rabun.

Selain itu, gelaran ‘dayus’ diberikan kepada si suami apabila membiarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak manakala pengambilan pil penahan sakit didakwa sebagai haram dan boleh menyebabkan mereka diseksa di neraka.

Mahmood bagaimanapun berkata, beliau tidak menyalahkan pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut semata-mata kerana apabila jumlah ustaz terlalu ramai di negara ini, pihak berkenaan tidak dapat 'menembusi' perhatian masyarakat.

Jelasnya, memandangkan laluan biasa menyukarkan kerana mereka tidak popular, maka pihak terbabit memilih laluan 'sempit' untuk membuat kenyataan supaya mendapat perhatian masyarakat.

"Lorong yang betul-betul 'straight forward' (lurus) sudah dipenuhi oleh orang lain jadi, hendak mencari kelainan dia buat sendiri lorongnya supaya dapat perhatian, populariti dan dapat memuaskan perasaan sendiri dan sebagainya," katanya.

Sehubungan itu, tambahnya, pihak berkuasa agama perlu bertindak untuk memperbetulkan keadaan sama ada dengan membuat kenyataan rasmi atau maklumat jelas supaya permasalahan seumpama itu dapat diselesaikan tepat pada masanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman berkata, sebuah badan perlu diwujudkan sama ada dari jabatan agama Islam negeri atau JAKIM, sebagai pemantau kenyataan di media sosial.

"Contohnya, ada kenyataan orang yang kencing manis ini kononnya kerana dia memakan rasuah, pada saya mana buktinya. Sebab itu, dari segi perubatan, diabetis adalah dalam bidang perubatan. Jangan mengarut dan membohong orang.

"Satu lagi, tanya pada ahlinya. Kalau diabetis, dia kena bertanya kepada doktor. Saya sebagai seorang doktor, tidak pernah mendengar kencing manis disebabkan rasuah.

"Sama seperti rabun sebab minum susu. Ia suatu yang tidak betul. Saya tidak pernah jumpa rabun kerana minum susu. Saya tidak pernah dengar,” katanya.

Beliau menegaskan, jika sesuatu perkara itu bukan bidang mereka yang mengeluarkan kenyataan, lebih baik ia tidak dibicarakan bagi mengelakkan daripada menyerlahkan kedangkalan pengetahuan pihak terbabit.

Jelas Dr Maamor, susu adalah minuman sempurna selain telur dan madu.

"Bagi saya, benda ini kalau anda kata benda halal, anda mejurus untuk mengharamkannya, tanpa asas dan dasar, ia tidak wajar.

"Cuma saya mohon pada pihak berkuasa membuat siasatan kalau benda itu datang dari si polan, betul-betul dia bercakap ada ada buktinya, kita perlu tanya dekat dia, kalau tidak dia perlu membuat kenyataan umum menarik kenyataannya," katanya. - Getaran, 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Terima Kasih Rakyat Malaysia

2

Semasa 2 bulan yang lalu

PM Akan Terus Guna Petikan Ayat Al-Quran Dalam Ucapan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Mohon Sijil Halal Sebelum Iklan Juadah Iftar, Bufet Sempena Ramadan - JAKIM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kutipan Tabung Musa'adah JAKIM-YWM Cecah Hampir RM9 Juta

Sorotan

1

Cloud KBS Digodam, Hannah Sahkan Tiada Ketirisan Data

2

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Kepada 5 Hakim

3

Kebakaran Hutan Di Bukit Broga Berjaya Dipadamkan

4

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

5

Putin Dahului Pilihan Raya Presiden Rusia

6

Cukai Perkhidmatan: Tiada Kenaikan Tambang Feri, Penginapan Di Marina Island

7

Syarat Hamas Dalam Cadangan Gencatan Senjata Di Gaza, Realistik

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Malaya Berlepas Ke Oman Tanpa Matthew Davies

Semasa 23 jam yang lalu

Cukai Perkhidmatan: Tiada Kenaikan Tambang Feri, Penginapan Di Marina Island

Semasa 19 jam yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 15 jam yang lalu

Kes Stoking Kalimah Allah Dalam Siasatan, 42 Laporan Polis Diterima Seluruh Negara

oleh Sophia Ahmad