web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kabinet: Jika Ahmad Zahid Tak Layak, Guan Eng, Syed Saddiq Pun Sama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 8:08PM

Syed Saddiq diperintah bela diri berhubung empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walau atas alasan apa sekalipun, tiada pihak boleh menafikan hak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya parti tersebut mencalonkan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Melontarkan pandangan mengenai kelayakan Ahmad Zahid untuk dilantik ke jawatan itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, pencalonan Pengerusi BN itu juga tidak boleh dibantah biarpun beliau didakwa sebagai ‘kluster mahkamah’.

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

Katanya, ia memandangkan beliau masih dibicarakan dan belum dihukum bersalah atas kes dihadapinya.

Beliau berkata, berdasarkan komposisi kerusi dimiliki gabungan blok politik yang menyokong kerajaan Persekutuan, BN layak untuk meletakkan Ahli Parlimennya sebagai Timbalan Perdana Menteri, selepas menyumbang 30 kerusi Parlimen.

Malah, katanya, berdasarkan hierarki di dalam BN dan UMNO, Ahmad Zahid adalah individu yang layak untuk diberikan jawatan tersebut walaupun terdapat bantahan mengenai kes mahkamah dihadapinya.

“Semua pihak perlu ingat bahawa kes beliau sedang dibicarakan dan masih belum pun didapati bersalah. Amalan kita di Malaysia ini, seseorang itu tidak bersalah selagi belum disabitkan bersalah.

“Jika alasan untuk menolak Ahmad Zahid daripada dilantik sebagai TPM disebabkan kes mahkamahnya, kerajaan Perpaduan juga perlu mengelak daripada melantik (Pengerusi DAP) Lim Guan Eng dan (Presiden MUDA) Syed Saddiq (Abd Rahman) kerana kedua-dua mereka juga ada kes mahkamah,” katanya kepada Getaran.

Bagaimanapun, secara peribadi, Mazlan berpandangan bahawa pemimpin BN yang paling sesuai dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Namun, katanya, semua keputusan bergantung kepada rundingan antara pihak berkaitan.

Mazlan berkata, jika UMNO dan BN bertegas meletakkan Ahmad Zahid sebagai calon Timbalan Perdana Menteri, beliau merasakan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu akur kerana tidak mempunyai banyak pilihan.

“Pada masa sama, semua perlu faham bahawa Kerajaan Perpaduan ini bukan berasaskan parti seperti sebelumnya yang menyaksikan BN memerintah secara total dan Pakatan Harapan (PH) juga pernah memerintah negara,” katanya.

Ditanya soal pengecilan Kabinet, Mazlan berpandangan terdapat beberapa kementerian boleh digabungkan.

Perdana Menteri, katanya, tidak perlu melantik Timbalan Menteri lebih daripada seorang di setiap kementerian, seperti diamalkan kerajaan terdahulu.

Ujarnya, sebagai contoh, Kementerian Belia dan Sukan boleh digabungkan semula dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya seperti pernah dilakukan, manakala Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air diletakkan di bawah satu bumbung bersama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

“Apa yang penting bukan saiz Kabinetnya, sebaliknya fungsi kementerian tersebut adakah ia boleh berperanan dengan berkesan atau tidak.

“Perdana Menteri juga perlu melantik mereka yang betul-betul boleh buat kerja, jangan jadi seperti kerajaan sebelum ini, Kabinetnya besar, Timbalan Menterinya ramai tapi tak tahu apa kerja mereka,” katanya.

Bagi Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula, beliau masih tidak pasti berapa saiz sebenar Kabinet akan diumumkan Anwar, namun berpendapat pembahagiannya harus mengikut peratusan setiap parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

Tegasnya, ia termasuklah peratusan intraparti PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bagaimanapun, beliau percaya pengecilan Kabinet kerajaan Perdana Menteri pada kali ini, tidak akan menyebabkan rasa tidak puas hati.

“Dengan semangat Kerajaan Perpaduan, mereka akan berpuas hati. Ahli Parlimen ada banyak peranan untuk dilaksanakan.

“Kerajaan sebelum ini (kerana) takut jatuh, jadi lantik semua (Ahli Parlimen) ke jawatan termasuk GLC (syarikat berkaitan kerajaan). Selepas ini gaji pun rendah, jadi tiada pilihan,” katanya.

Ketika diaju mengenai gabungan mana paling layak diberikan jawatan orang nombor dua kerajaan, Mohd Azizuddin berkata, BN dan GPS adalah blok politik paling sesuai.

“Yang ini jelas, BN dan GPS sebagai blok terbesar (dalam Kerajaan Perpaduan),” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat, terdapat dua kementerian dilihat boleh direformasi bagi mengurangkan jumlah Menteri Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

“Sebagai contoh Kementerian Dalam Negeri (KDN) boleh digabungkan dengan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) bagi mereformasikan institusi,” katanya.

Awang Azman berkata, portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) boleh diberikan kepada Anwar kerana beliau paling layak bercakap soal itu.

“Beliau adalah contoh terbaik dalam memberikan pencerahan mengenai Islam. Islam yang bagaimana dimahukan negara ini, Islam lebih moderat, tidak terlalu kiri, tidak berunsur ektremis dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, Anwar memaklumkan bahawa Kerajaan Perpaduan akan memiliki saiz Kabinet lebih kecil.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pihaknya juga akan mengusulkan supaya gaji menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan nanti dikurangkan, susulan situasi ekonomi kini. - Getaran, 27 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad