web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Menghadap Tunku Mahkota Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 5:55PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima menghadap Anwar Ibrahim, hari ini. - Gambar dari Twitter @HRHJohorII

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Perdana Menteri hadir bersama Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Perkara tersebut dikongsikan Tengku Ismail di Twitter.

“Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim terima mengadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama Tengku Abdul Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Muda Pahang hari ini. Allah Peliharakan Sultan,” menurut ciapan di perkongsian itu.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada 24 November lalu mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Istiadat angkat sumpah berkenaan diadakan selepas Seri Paduka memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu yang berkenan berangkat menghadiri Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara.

Perbincangan itu bagi membuat keputusan terbaik berhubung pelantikan Perdana Menteri, demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat, susulan Parlimen tergantung selama lima hari, selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). - Getaran, 26 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam