web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyanyi Nash Cedera Kemalangan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 10:29PM

Nash mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM250.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, petang tadi. - Gambar JPAM Rembau

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Penyanyi terkenal tanah air Datuk Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 62 mengalami kecederaan selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM250.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.00 petang semasa bekas vokalis kumpulan Lefthanded bersama pemandunya itu sedang dalam perjalanan dari Johor menuju ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta jenis Toyota Harrier yang dinaiki mereka melanggar lopak air, sebelum ia hilang kawalan dan terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.

“Akibat kemalangan mangsa mengalami luka pada muka dan sakit dada, manakala pemandunya berusia 33 tahun pula hanya mengalami luka-luka ringan. Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, anak lelaki Nash, Shameer Nasha Jamaluddin, 26, berkata bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan terpaksa diberi beberapa jahitan susulan kecederaannya yang dialaminya.

“Ayah agak terkejut tadi, bagaimanapun keadaanya baik, dan masih berada di Hospital Seremban ketika ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran