web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


600,000 Individu OKU Telah Berdaftar Di Seluruh Negara - Ras Adiba

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 5:36PM

Datuk Ras Adiba Radzi - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Terdapat kira-kira 600,000 individu yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) telah mendaftar dengan agensi kerajaan berkaitan setakat ini, dengan jumlah kanak-kanak yang menghidap Kecelaruan Spektrum Autisme (ASD) dan masalah pembelajaran kini berjumlah 204,000 orang, kata Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

“Namun, kita percaya jumlahnya mungkin lebih ramai kerana masih ada ibu bapa di luar sana yang belum mendaftarkan anak-anak (istimewa) mereka, memandangkan 15 peratus daripada populasi penduduk mungkin dikategorikan sebagai OKU,” katanya yang juga Presiden OKU Sentral.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah mengunjungi Pusat Penjagaan Persatuan Autisme Labuan di Kampus Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah Labuan (UMSKAL) di sini hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan ibu bapa yang mempunyai sikap ‘sindrom penafian’ untuk menerima kenyataan dan mendaftarkan anak-anak mereka yang mengalami ASD atau masalah berkaitan ketidakupayaan pembelajaran seperti masalah Kecelaruan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) serta disleksia dengan agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, agar bantuan dan perhatian sewajarnya dapat diberikan.

“Saya berharap pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) atau badan kebajikan swasta dapat menyokong penubuhan pusat intervensi awal seperti pusat jagaan kanak-kanak dengan Kecelaruan Spektrum Autisme melalui program kolaborasi dengan badan kerajaan yang berkaitan.

Kini, katanya terdapat ibu bapa yang tidak dapat menghantar anak-anak autistik dan anak istimewa mereka ke pusat intervensi awal kerana kapasiti yang terhad di pusat berkenaan.

“Oleh kerana bilangan kanak-kanak autistik yang tidak berdaftar mungkin lebih tinggi, kita mesti berusaha meningkatkan jumlah pusat intervensi awal di seluruh negara, saya berharap sektor korporat dapat memainkan peranan mereka dalam isu ini,” kata Ras Adiba.

Beliau berkata kerajaan serius dalam menangani masalah kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai dana untuk membantu anak-anak ini menjalani terapi tertentu agar mereka dapat berdikari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar