web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengguna Twitter Disyaki Muat Naik Video Berbaur Hasutan Direman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 4:08PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pengguna Twitter ditahan selepas disyaki memuat naik video mengandungi unsur perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, pemilik akaun Twitter Zulfadli (@bumilangit) ditahan bagi membantu siasatan mengikut Skesyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Sabtu bagi membantu siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, pemilik akaun dikenali Zulfadli itu, memuat naik status yang memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 1.30 pagi tadi.

Dalam ciapannya, dia memaklumkan bahawa tidak mengetahui apa kesalahannya, namun diberitahu disiasat mengikut Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menghina Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, difahamkan, individu tersebut kemudian dirujuk ke IPD Dang Wangi sebelum ditahan pihak USJT pagi tadi. - Getaran, 24 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad