web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Jamin Kluster Mahkamah Tidak Akan Terlepas Tindakan Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 3:32PM

Shamsul Iskandar berkata, tindakan itu akan mencemarkan imej PH. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan sebagai sebuah parti yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, gabungan itu tidak akan campur tangan dalam urusan mahkamah membabitkan pemimpin ‘kluster mahkamah’ dari UMNO.

Bekas Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, tindakan itu akan mencemarkan imej PH jika badan eksekutif Kerajaan Perpaduan yang bakal ditubuhkan bertindak mencampuri sistem kehakiman membabitkan kes mahkamah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin PH lain.

“Saya percaya di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, beliau tidak akan campur tangan bukan hanya dalam perbicaraan kes membabitkan Presiden UMNO, malah pemimpin PH seperti Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Biarlah mereka atau sesiapa sahaja pemimpin PH yang sedang dibicarakan di mahkamah membersihkan diri masing-masing melalui sendiri proses perundangan sama sehingga selesai.

“Saya percaya Anwar akan berpegang teguh kepada prinsip ‘the rule of law’ kerana beliau sendiri pernah menjadi mangsa. Jadi saya percaya beliau tidak akan berkompromi dalam soal kedaulatan undang-undang,” katanya seperti dipetik Sinar Premium, hari ini.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar menegaskan, tindakan membebaskan pemimpin ‘kluster mahkamah’ dari UMNO juga bukan intipati perjanjian kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PH dalam usaha membentuk Kerajaan Perpaduan melibatkan dua gabungan parti politik itu.

Jelas beliau, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam pertemuan rasmi antara Anwar dan barisan kepimpinan BN sebelum ini, termasuk semasa perjumpaan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, Selasa lalu.

“Tidak timbul soal BN meletakkan syarat supaya semua kes mahkamah membabitkan pemimpinnya terutama Ahmad Zahid perlu digugurkan jika PH mahu mereka menyokong pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10,” katanya.

Bagaimanapun, Shamsul Iskandar berkata, PH akan memastikan setiap pemimpin yang didakwa dan dituduh itu bakal diadili dengan saksama dan bebas daripada sebarang tekanan atau campur tangan politik.

“Malah, semasa menjadi Timbalan Menteri Industri Utama pada 2018, saya sendiri sering berulang alik ke mahkamah untuk dibicarakan dan diadili berhubung kes menghadiri perhimpunan aman sehinggalah mahkamah membebaskan saya daripada kes berkenaan.

“Saya sendiri tidak pernah meminta kes berkenaan digugurkan biarpun PH menguasai Putrajaya pada 2018 dan terpaksa mengambil cuti untuk menghadiri perbicaraan kes terbabit,” katanya.

Justeru katanya, beliau yakin tidak wujud perjanjian sama ada secara bertulis atau lisan untuk membebaskan pemimpin UMNO mahu pun PH daripada kes mahkamah dihadapi, selepas dua gabungan parti itu membentuk Kerajaan Perpaduan kelak. - Getaran, 24 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

3

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi