web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


240 Warga Emas Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Tawau

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 5:07PM

Hasnah ditemani cucunya Rahman ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 di Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seramai 240 warga emas berusia 80 tahun ke atas menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa 2 Peringkat Daerah Tawau, di Dewan Masyarakat, di sini, semalam.

Chia Nyuk Ming, 85, memilih untuk datang sendiri tepat jam 8 pagi bagi memastikannya dalam keadaan bersedia dan tenang menerima suntikan.

“Tidak sakit langsung, dan segalanya berjalan lancar.

“Malah kerjasama daripada kakitangan bertugas cukup memudahkan terutamanya sewaktu hendak mengisi,” katanya yang tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

Bagi Hasnah Jaapar, 75, dia menerima panggilan daripada pihak pengurusan untuk hadir menerima suntikan vaksin sejak tiga hari lalu.

“Saya sendiri sebenarnya sukarela untuk mengambil vaksin menyebabkan anak dan cucu membantu proses pendaftaran penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

“Sudah tentu ada sedikit berdebar, namun saya sedar vaksin ini penting bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga keseluruhan masyarakat secara amnya,” katanya.

Menurut Hasnah, dia ditemani cucunya Rahman Abdullah, 19, sepanjang berada di situ, selepas dimaklumkan boleh berbuat demikian oleh petugas kesihatan.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana Tawau Arnold Joibi berkata, program yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari itu, mensasarkan warga emas yang sudah mendaftar permohonan suntikan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

“Kita menghadkan jumlah penerima vaksin sekitar 220 orang setiap hari bagi menjamin keselesaan selain mengelak kesesakan berlaku di sini.

“Jika proses hari ini berjalan lancar, kami akan meningkatkan jumlah penerima suntikan untuk hari berikutnya,” katanya ketika ditemui media.

Berdasarkan rekod, hampir 5,000 orang warga emas mendaftar permohonan suntikan vaksin COVID-19 di daerah ini.

Menurut Arnold, sebelum disuntik, penerima akan ditemuduga oleh petugas kesihatan mengenai latar belakang kesihatan mereka.

“Ini bagi memastikan mereka dalam keadaan bersedia untuk menerima vaksin sekali gus mengurangkan risiko insiden tidak diingini berlaku.

“Apa yang saya lihat sehingga jam 10 pagi tadi, mereka yang sudah menerima suntikan dalam keadaan stabil dan sihat,” katanya. - Getaran, 20 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar