web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Perempuan Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 11:08PM

ACP Mohd Zaid Hassan - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai akibat didera bapa tirinya dalam kejadian di Taman Sri Ramal, Kajang di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan Hospital Serdang pada 12.39 tengah malam 22 November lepas berhubung seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dibawa ke hospital itu.

Beliau berkata pegawai itu menyatakan Jabatan Kecemasan dan Trauma Zon Merah Hospital Serdang menerima kanak-kanak terbabit yang dibawa menggunakan ambulans dari rumahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 11.33 malam.

“Hasil pemeriksaan didapati mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Bedah siasat yang dijalankan oleh doktor pakar hari ini mendapati punca kematian mangsa dipercayai daripada kesan hentakan objek tumpul pada bahagian kepala dan abdomen (perut) yang menyebabkan ususnya pecah.

“Selain itu, terdapat kesan-kesan cedera hingga lebam di bahagian punggung, dada dan lengan mangsa,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Sehubungan itu, seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun yang merupakan bapa tiri mangsa telah ditahan di pekarangan Hospital Serdang bagi membantu siasatan pada 2.25 petang tadi.

Mohd Zaid berkata siasatan lanjut mendapati suspek mengaku ada memukul mangsa sebelum ini menggunakan tangan, kaki dan sebuah baldi di dalam tandas akibat marah dengan kanak-kanak perempuan itu yang didakwa sering membuat masalah di rumah semasa ketiadaan ibunya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh manakala permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok.

“Polis menyeru supaya orang awam atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini agar memaklumkan kepada pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan ataupun berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes ASP Ray Erindra Raj di talian 019-6616 640,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja