Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


(LANGSUNG) Agong Titah GPS Pertimbang Penubuhan Kerajaan Perpaduan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 11:11AM

Media berkumpul diluar Hotel St Regis. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepimpinan Barisan Nasional (BN) dilihat mula memasuki Istana Negara pagi ini untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berhubung pembentukan kerajaan Persekutuan. 

Kenderaan yang membawa Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat memasuki kawasan Istana Negara pada jam 10.40 pagi, diikuti Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. 

Turut kelihatan, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim. 

Raja suruh GPS sertai kerajaan perpaduan: Fadillah

6 petang - Pemimpin GPS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pemimpin gabungan itu dinasihatkan Agong untuk mempertimbangkan untuk menyertai kerajaan perpaduan.

“Agong telah menyeru GPS untuk menyokong cadangan kerajaan perpaduan, dan itu adalah jalan terbaik ke hadapan untuk lima tahun akan datang.

“Kami akan membawa perutusan Agong kepada pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Openg dan pemimpin GPS yang lain,” kata Fadillah kepada pemberita di Kuching hari ini.

5.00 petang - Perdana Menteri sementera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Hotel St Regis, Kuala Lumpur. Terdahulu, beliau menghadiri mesyuarat dengan pemimpin BN-PN di hotel tersebut.

4.53pm - Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pejabatnya di Petaling Jaya untuk pulang ke Sg Long.

4.52 petang - Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar meninggalkan pejabatnya di Jalan Gasing sambil berkata ‘mahu keluar tengok wayang’.

Beliau juga memberikan ‘popcorn’ kepada kepada pengamal media sebelum meninggalkan perkarangan pejabatnya.

3.15 petang - Hotel St Regis menjadi tumpuan ketika ini dengan kehadiran Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Turut dilihat masuk ialah Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ronald Kiandee.

3.46 petang - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dan Datuk Seri Anifah Aman keluar meninggalkan pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Jalan Gasing

3.52 petang - Naib Presiden PKR, Nik Nazmi meninggalkan pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing, Petaling Jaya

3 petang - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tiba di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing, di sini.

3.25 petang - Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad tiba di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing, di sini.

2.05 tengah hari - Kenyataan rasmi Istana Negara berhubung perbincangan khas Raja-Raja Melayu esok telah dikeluarkan. Perbincangan bertujuan membolehkan Yang di-Pertuan Agong mencapai satu keputusan yang membawa kepada “keamanan dan sekaligus memanfaatkan negara dan rakyat”.

1.58 tengah hari - Timbalan Ketua Pemuda PKR, Adam Adli dilihat tiba di pejabat Anwar. Katanya perbincangan hari ini termasuk penularan sentimen perkauman yang semakin membimbangkan.

1.17 tengah hari - Agong akan mengadakan perjumpaan khas dengan raja-raja Melayu yang lain di Istana Negara esok, menurut The Star. Mesyuarat itu dikatakan sebagai taklimat khas mengenai pembentukan kerajaan baharu.

1.10 petang - Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli telah tiba di pejabat Presiden PKR dan Pengerusi PH di Bukit Gasing, Anwar. Seorang lagi pemimpin yang dilihat di sini ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan ketua penerangan PH Fahmi Fadzil.

1.09 petang - UMNO telah memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi pada 8 malam ini, di Menara Dato’ Onn. Ia akan dipengerusikan oleh Zahid. Notis mesyuarat itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung parti Datuk Seri Ahmad Maslan.

12.30 petang - Pada masa ini, nampaknya tindakan itu semakin menjauh dari Istana Negara, dengan Zahid dikatakan akan pulang ke ibu pejabat UMNO. Muhyiddin dari PN berada di kediamannya di Bukit Damansara manakala Anwar dari PH menuju ke pejabatnya di Petaling Jaya.

11.56 pagi - Nanta Linggi dan konvoinya telah meninggalkan istana.

Kenderaan membawa Rais Yatim memasuki Istana Negara.
Kenderaan membawa Rais Yatim memasuki Istana Negara.

Semalam, Seri Paduka Baginda menitahkan 30 Ahli Parlimen BN untuk mengadap baginda di Istana Negara hari ini.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, sesi menghadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi. - Getaran, 23 November 2022

12 pm: Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilihat keluar dari Istana Negara.

11.40 pagi: Sekumpulan pemuda berhimpun berhampiran Pintu 2 Istana Negara dipercayai bagi mohon Yang di-Pertuan Agong menyegerakan pelantikan Perdana Menteri.

Sekumpulan orang awam berhimpun diluar Pintu 2 Istana Negara menuntut pelantikan Perdana Menteri disegerakan.
Sekumpulan orang awam berhimpun diluar Pintu 2 Istana Negara menuntut pelantikan Perdana Menteri disegerakan.

11.24 pagi: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Ahmad Zahid Hamidi keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah - Gambar oleh Alif Omar
Ahmad Zahid Hamidi keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah - Gambar oleh Alif Omar

11 pagi: Wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof dilihat memasuki Istana Negara dipercayai berkaitan urusan pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu. 

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu turut diiringi konvoi bermotorsikal.

Wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof dilihat memasuki Istana Negara  - Gambar oleh Alif Omar
Wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof dilihat memasuki Istana Negara - Gambar oleh Alif Omar

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkampungan Sunnah Dapat Sambutan Hebat - Mufti Perlis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Letupan Bom: Polis Kelantan Guna Kenderaan Berperisai Kawal Sempadan

Semasa 22 jam yang lalu

Anak Dakwa Dirogol Sejak Usia 12 Tahun, Ibu Bapa Ditahan Bantu Siasatan

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Di Kedah, PM Meriahkan Pula Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang