web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#PRU15: Penamaan Calon Parlimen Padang Serai, DUN Tioman Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 10:44AM

SPR menetapkan hari pengundian pada 7 Disember dan pengundian awal pada 3 Disember dengan tempoh berkempen selama 13 hari bermula. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Padang Serai, Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang diadakan semula secara serentak esok.

PRU-15 di kedua-dua kawasan berkenaan ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding iaitu M. Karupaiya dari Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli dari Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Tioman.

Tempoh mengemukakan kertas penamaan calon bermula 9 pagi hingga 10 pagi, masing-masing di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim dan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Disember dan pengundian awal pada 3 Disember dengan tempoh berkempen selama 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding hingga pukul 11.59 malam 6 Disember.

Calon-calon yang sah dinamakan bagi PRU-15 di kedua-dua kawasan itu sebelum ini dikehendaki hadir ke pusat penamaan calon bagi tujuan cabutan undi, untuk menentukan giliran pada kertas undi.

Calon-calon baharu yang ingin bertanding pula perlu menyerahkan kertas penamaan calon yang telah lengkap diisi dan disemak oleh pejabat pegawai pengurus serta oleh calon atau penyokong atau pencadangnya esok.

Karupaiya, 69, penyandang kerusi Parlimen Padang Serai dimasukkan ke Hospital Kulim pada 14 November, selepas rebah ketika berkempen akibat serangan jantung dan meninggal dunia pada 2.27 petang 16 November.

Karupaiya sepatutnya menghadapi saingan enam penjuru menentang lima lagi calon iaitu Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Datuk C. Sivaraajh (Barisan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (Warisan), Datuk Azman Nasrudin (PN) dan calon Bebas Sreanandha Rao pada PRU15 Sabtu lepas.

Sementara itu, Md Yunus, 61, Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri meninggal dunia pada 3.30 pagi hari pengundian PRU15 di Hospital Rompin menyebabkan SPR Pahang memaklumkan proses pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditangguhkan.

PRU-15 bagi DUN Tioman sepatutnya melibatkan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain (BN).

PRU-15 Parlimen Padang Serai akan menggunakan 46 pusat mengundi biasa yang mengandungi 230 tempat mengundi (saluran) dan satu pusat mengundi awal yang mempunyai dua tempat mengundi (saluran).

Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Okt akan digunakan untuk pilihan raya itu, yang mengandungi 133,867 orang pemilih yang terdiri daripada 133,776 pengundi biasa, 76 orang polis dan 15 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

DUN Tioman pula akan menggunakan 17 pusat mengundi biasa yang mengandungi 52 tempat mengundi (saluran) dan dua pusat mengundi awal yang mengandungi dua saluran.

Daftar pemilih yang digunakan bagi DUN berkenaan mengandungi 28,465 pemilih yang terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Keputusan PRU-15 di peringkat Parlimen menyaksikan PH memenangi 82 daripada 220 kerusi yang ditandingi, diikuti PN dengan 73 kerusi, BN (30), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (23), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing menang satu kerusi.

Bagi DUN Pahang pula, PN menang 17 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan, diikuti oleh BN dengan 16 kerusi, manakala PH memperoleh lapan kerusi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK DUN Nenggiri Buka Tirai Hari Ini

3

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja