web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hentikan Sentimen Perkauman, Perkukuh Perpaduan - IKRAM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 8:28PM

IKRAM berkata perpaduan utuh di antara masyarakat pelbagai kaum merupakan prasyarat untuk Malaysia menjadi sebuah negara makmur, maju dan progresif. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menggesa semua pihak menghentikan sebarang cubaan untuk memainkan isu perkauman dan agama.

Presidennya, Badlishah Shah Baharin berkata, sekiranya isu perkauman dan agama tidak dibanteras, ia boleh menggugat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“IKRAM memandang serius dan mengambil berat perkembangan mutakhir berhubung sentimen perkauman dan agama yang berlegar dalam kalangan masyarakat, khususnya disebar melalui media sosial.

“Isu perkauman dan agama sudah dijadikan modal dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), setelah berakhirnya pilihan raya,” katanya menerusi kenyataan.

Badlishah Shah berkata, semua pemimpin sama ada pemimpin politik atau pemimpin masyarakat, perlu memainkan peranan untuk memastikan pengikut dan masyarakat, menjaga keharmonian serta perpaduan yang terbina sekian lama.

Katanya, sebarang cubaan untuk menggugat keharmonian negara, harus dibanteras berlandaskan peruntukan undang-undang.

Beliau berkata, IKRAM mengambil maklum ‘cuaca’ politik negara masih panas, memandangkan tiada gabungan politik yang mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat, berdasarkan keputusan PRU-15.

“Bagaimanapun, IKRAM menyeru semua rakyat bertenang sementara proses kerajaan baharu dibentuk berlandaskan lunas Perlembagaan negara.

“IKRAM amat mengambil berat sensitiviti umat Islam di Malaysia dan pada masa sama, menghormati hak serta pandangan semua kaum di negara ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Badlishah Shah berkata, Malaysia dibina sebagai negara majmuk supaya rakyat hidup dengan aman damai dan makmur.

Jelasnya, perpaduan utuh di antara masyarakat pelbagai kaum merupakan prasyarat untuk Malaysia menjadi sebuah negara makmur, maju dan progresif.

Perpaduan utuh, katanya, amat kritikal pada masa sekarang, ketika negara menghadapi pelbagai cabaran dan keadaan ekonomi tidak menentu.

“IKRAM menyeru agar semua pihak untuk berganding bahu mempertautkan dan mengukuhkan semula hubungan di antara sesama anggota masyarakat, setelah negara melalui pilihan raya umum yang menimbulkan rasa tidak senang di antara satu sama lain.

“Sebagai rakan strategik dalam pembinaan negara, IKRAM akan sentiasa memberikan komitmen terbaik untuk memperkukuh perpaduan nasional di negara ini, selain bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menjunjung aspirasi sama,” katanya. – Getaran, 22 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad