Berita Terkini

11 jam yang lalu: Harga minyak masak 5kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan 11 jam yang lalu: MCMC diminta kenal pasti kawasan ada gangguan komunikasi di Padang Serai 11 jam yang lalu: Organisasi, pengamal media perlu berkembang seiring teknologi, trend 11 jam yang lalu: Bajet Melaka 2023 dibentangkan pada sidang DUN 12 Disember ini 11 jam yang lalu: Lafaz ikrar Rukun Negara di majlis tingkat semangat patriotisme, perpaduan

IKUTI KAMI


Mainkan Sentimen Perkauman Perbuatan Terdesak - Anwar 

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 7:13AM

Anwar Ibrahim berkata, senario itu ditimbulkan dalam saat negara sedang berdepan dengan situasi amat penting, susulan pembentukan kerajaan Persekutuan yang masih tergantung - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Tindakan segelintir pihak memainkan sentimen dan retorik perkauman menggambarkan pelaku berada dalam keadaan amat terdesak.

Mengakui bimbang dengan senario itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia ditimbulkan dalam saat negara sedang berdepan dengan situasi amat penting, susulan pembentukan kerajaan Persekutuan yang masih tergantung.

“Usaha dan ikhtiar dalam menubuhkan kerajaan yang bertanggungjawab dan stabil tidak seharusnya berakhir dengan kekacauan.

“Kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, suku kaum Sabah dan Sarawak adalah bersaudara sebagai manusia dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan,” katanya hari ini.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kenyataan tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam menghentikan perkembangan yang mampu menggugat kemajmukan Malaysia.

Semalam, Acryl Sani mengingatkan rakyat untuk tidak menimbulkan situasi yang mengancam keselamatan awam dan ketenteraman awam melalui media sosial.

Beliau menegaskan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan tindakan segelintir pengguna media sosial yang memuatnaik kandungan menyentuh sentimen perkauman, keagamaan dan menghina institusi Diraja.

“PDRM ingin mengingatkan pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalah guna platform tersebut untuk menyebar kandungan berbentuk provokasi yang boleh mengakibatkan kegusaran awam.

“Tindakan tegas di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan situasi mengancam keselamatan awam,” katanya. - Getaran, 22 November 2022

Sorotan

1

Jangan Heret Rakyat Ke Kancah Perpecahan Demi Sokongan

2

Usul Undi Percaya Keabsahan Anwar Dibentang 19 Disember Ini

3

Kerana Tabung Kecemasan Nad Zainal, Netizen Kecam Netizen Yang Toksik, Mulut Longkang! 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Dijangka Umum Senarai Kabinet ‘Sesegera Mungkin’ - Sumber

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Sekongkol Dengan DAP Retorik Raih Undi

oleh Izwan Ramlan

Semasa 17 jam yang lalu

Wanita Maut Jatuh Kondominium, Mayat Ditemui Tersangkut Tingkat 20

oleh Fitri Nizam

Semasa 18 jam yang lalu

17 Kematian, 1,737 Kes Baharu Direkodkan

oleh Susan Albert