web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rumah Dibakar Rakan, Lelaki Indonesia Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 8:36AM

Dua anggota polis memeriksa rumah di mana seorang warga Indonesia maut akibat dibakar rakan di Ladang Ribu Bonus Estate, di Beluran.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BELURAN- Seorang lelaki meninggal dunia manakala rakan senegaranya parah dalam kebakaran rumah pekerja di Ladang Ribu Bonus Estate, di sini, kelmarin.

Dalam insiden jam 1.02 petang itu, mangsa, 29, warga Indonesia, disahkan meninggal dunia 10 jam kemudian selepas menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent akibat melecur teruk pada anggota badan.

Seorang lagi rakan senegaranya berusia 34 tahun yang juga suspek kejadian, berada dalam keadaan parah dan masih menerima rawatan di hospital sama.

Difahamkan, sebelum kejadian, suspek dipercayai menyimbah petrol di bahagian ruang tamu rumah pekerja yang didiaminya bersama mangsa, sebelum bertindak membakar ruangan itu.

Menurut saksi, api marak dengan cepat dan turut menyambar suspek bersama mangsa yang berada di dalam premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Isteri mangsa yang menyaksikan kejadian itu turut mengalami kecederaan akibat terbakar.

"Beberapa pekerja ladang yang berada di lokasi kejadian bertindak membantu memadamkan api, sebelum menemui kedua-dua lelaki berkenaan dalam keadan melecur dan tidak sedarkan diri," katanya.

Mangsa dan suspek kemudian dihantar segera ke hospital untuk rawatan lanjut sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 11 malam.

Kasim berkata, suspek pula dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal.

"Sehingga kini, kami masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. – Getaran, 20 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad