web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suami Isteri Maut Kereta Terbabas Dalam Perjalanan Ke Pusat Mengundi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 7:28PM

Kemalangan melibatkan Perodua Alza dan pacuan empat roda Toyota Hilux itu berlaku pada 12.08 tengah hari - Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Sepasang suami isteri yang sedang dalam perjalanan ke pusat mengundi maut manakala anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun patah kaki kanan dalam kemalangan di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kemalangan melibatkan Perodua Alza dan pacuan empat roda Toyota Hilux itu berlaku pada 12.08 tengah hari.

"Hasil siasatan mendapati pemandu Alza dalam perjalanan hendak ke Skudai (untuk mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 di Skudai) setelah selesai mengundi di Lok Heng. 

"Alza yang dipandu lelaki berusia 37 tahun itu sedang menghala ke Johor Bahru telah terbabas ketika melalui selekoh dan berpusing di laluannya sebelum terbabas ke laluan bertentangan (menghala ke Mersing), lalu bertembung dengan Hilux," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata akibat kemalangan itu, lelaki berkenaan dan isterinya yang berusia 31 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak mereka dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun Hussin berkata pemandu Hilux berusia 60 tahun tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata ketika kejadian, keadaan jalan raya basah akibat hujan dan kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu Alza yang gagal mengawal kenderaannya dengan baik. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad