Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


LANGSUNG: Anwar Menang Tambun

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 6:36PM

Anwar berjaya merampas Kerusi Tambun (Tidak Rasmi). - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Semua pusat pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dibuka sejak 8 pagi tadi di Semenanjung Malaysia ditutup pada 6 petang ini.

Proses pengundian di Sabah, Sarawak dan Labuan yang bermula pada 7.30 pagi tadi pula selesai di antara 11 pagi hingga 5.30 petang ini.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa proses pengundian di 11 pusat mengundi dalam Parlimen Baram, Sarawak digantung ekoran cuaca buruk yang menyebabkan petugasnya tidak dapat ke pusat berkenaan.

Turut diadakan serentak hari ini adalah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, yang ditangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan COVID-19.

Seramai 21,173,638 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRU15.

Sehingga 4 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan kira-kira 70 peratus pemilih telah keluar mengundi.

Ikuti perkembangan proses pengiraan undi bagi PRU-15 yang berlangsung di seluruh negara.

Calon BN, Datuk Mohd Nizar Najib yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak muncul sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya selepas memperoleh majoriti undi 7,823 untuk menewaskan calon PN, Abu Talib Muhammad.

Calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisyam Tengku Hussin dan calon PH, Tugimon Abdul Hamid pula hilang deposit pertaruhan.

Mohd Nizar Najib
Mohd Nizar Najib

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berjaya menumbangkan Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Azmin Ali di Parlimen Gombak dengan majoriti 12,792 undi.

1:13 pagi - Penyandang kerusi Parlimen Kuantan untuk tiga penggal berturut-turut, Fuziah Salleh (PH) gagal meneruskan penguasaannya kali ini apabila tewas di tangan calon PN yang memperoleh majoriti undi 2,866.

1:02 pagi - PH mengekalkan Kerusi Bayan Baru di bawah penyandang Sim Tze Tzin yang menerima 55,209 undi diikuti oleh Oh Tong Keong (PN) dengan 20,307 undi, Saw Yee Fung (BN) dengan 13,377 undi, Jeff Ooi (WARISAN) dengan 440 undi, PRM Ravinder Singh dengan 251 undi dan calon bebas Kan Chee Yuen 123 undi.

12:22 pagi - Setakat jam 12.22 tengah malam, calon PH, Datuk R Ramanan masih mendahului di Sungai Buloh dengan majoriti undi 1,527 selepas menewaskan Khairy Jamaluddin (BN) yang meraih 21,750 undi.

Ramanan meraih 23,277 undi dalam saingan tujuh penjuru itu.

12:12 pagi - Datuk Dr Mohd Radzi Jidin (PN) mencatatkan kejayaan mengejutkan apabila berjaya menewaskan calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk merampas kerusi Putrajaya.

Beliau meraih lebih 3,000 undi majoriti.

11:56 malam

Mohd Sany Hamzan (PH) mengungguli kerusi Hulu Langat dengan majoriti 14,896 undi untuk menewaskan Datuk Dr Mohd Radzi Abd Latif (PN) dan Datuk Johan Abd Aziz (BN).

Turut tewas ialah Datuk Markiman Kobiran (PEJUANG), Datuk Abdul Rahman Jaafar (WARISAN) dan Dr Mohamed Mustafa (BEBAS).

TIDAK RASMI - Pengerusi PH Anwar Ibrahim menang Kerusi Tambun menumpaskan penyandang Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN) dengan majoriti 4,000 undi.

11:30 malam - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (PH) kekal mendahului di Gombak dengan 58,335 undi, meninggalkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meraih 45,985 undi di kedudukan kedua.

Amirudin Shari
Amirudin Shari

Calon BN, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN) pula meraih 23,983 untuk berada di kedudukan ketiga.

SPR mengesahkan kemenangan Dr Dzulkefly (PH-Kuala Selangor) dengan majoriti 1,002. Beliau menewaskan pencabar utama, Tengku Zafrul Abdul Aziz dari BN.

Zafrul Tengku Abdul Aziz
Zafrul Tengku Abdul Aziz

RASMI -  Tengku Razaleigh Hamzah mengalami kekalahan mengejut di Gua Musang, kalah 163 undi kepada PAS, Mohd Azizi Abu Naim.

Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah

11.15 malam - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menang di Pandan dengan 74,002 undi. Calon PH ITU merangkul kerusi berkenaan dengan majoriti 48,296 mengatasi Farique Zubir dari PN (25,706), manakala calon BN Leong Kok Wee memperoleh 11,664 undi.

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

Ong Tee Keat dari WARISAN hanya menerima 3,323 undi manakala Nadia Hanafiah dari PEJUANG hanya memperoleh 961 undi.T

Calon BN di Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang membuat kemunculan semula pada PRU-15 tewas di tangan penyandang, Isnaraissah Munirah Majlis (WARISAN) dengan majoriti 4,582 undi.

Penyandang kerusi Padang Terap yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid tewas di tangan calon PN, Ustaz Nurul Amin dengan majoriti lebih 11,000 undi

Penyandang kerusi Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar (PH) tewas mengejut kepada calon PN, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dengan majoriti lebih 6,000 undi

Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar


11.08 malam - SPR mengesahkan Mas Ermieyati (PN) menang di kerusi Parlimen Masjid Tanah selepas memungut 25,604 undi, mengatasi pencabarnya, Abdul Hakim Abdul Wahid (BN) dengan majoriti 4,411 undi.

Mas Ermieyati
Mas Ermieyati

11.04 malam - Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah tiba di Bangunan UMNO, Menara Tun Hussein Onn pada jam 10.58 malam.

Beliau hanya sekadar melambai tanpa membalas sebarang pertanyaan daripada media.

TIDAK RASMI - Sumber memaklumkan kepada The Vibes dan Getaran bahawa PN menang di tiga kerusi Parlimen di Perak.

Di LARUT, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berjaya mengekalkan kerusi berkenaan, menewaskan calon BN Shafiq Fhadly Mahmud, PEJUANG (Auzaie Fadzlan Shahidi) dan Zolkharnain Abidin (PH).

Begitupun, calon PH, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dilaporkan tewas di PARIT BUNTAR, kepada calon PN, Mohd Misbahul Munir Masduki. Calon-calon lain yang bertanding di kerusi itu ialah Rohijas Md Sharif (PEJUANG) dan BN (Imran Mohd Yusof).

Laporan tidak rasmi di PARIT BUNTAR ketika ini ialah PN dengan 12,795 undi; 11,751 undi untuk PH; 7,071 (BN) dan 163 untuk PEJUANG.

Di BAGAN SERAI, calon PN, Datuk Idris Ahmad merampas kerusi berkenaan dari BN (Zul Helmi Ghazali). Lain-lain ialah PH yang mempertaruhkan Siti Aishah Shaik Ismail dan Ahmad Luqman Ahmad Yahya (PEJUANG).

10.20 malam - Aiman Athirah (PH) berada pada kedudukan selesa di Sepang selepas meraih 19,256 undi, jauh meninggalkan pencabar utama, Datuk Seri Rina Harun (PN) dengan 6,763 undi. BN berada di kedudukan ketiga dengan 5,859 undi.

Rina Harun
Rina Harun

10.10 malam - Calon PH, R Ramanan mendahului calon lain dengan 6,183 undi dan majoriti 923 undi.

9.54 malam - Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului di Tambun dengan 8,253 undi manakala calon PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (8,009), Aminuddin Md Hanafiah dari BN (4,771) serta PEJUANG, Abdul Rahim Tahir (161).

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim


 

TIDAK RASMI - PH mendahului di Lembah Pantai setakat jam 9.45pm dengan 32,937 undi, diikuti BN (20,561), PN (18,070) dan GTA (771)

9.35 malam

Khairy Jamaluddin (KJ) mendahului saingan di Parlimen Sungai Buloh dengan 2,584 undi, diikuti R Ramanan (PH) dengan 2,197 undi dan calon PN, Mohd Ghazali Md Hamin yang meraih 1,474 undi.

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

9.43 malam

Penyandang kerusi Pasir Gudang, Hassan Abdul Karrim (PH) mendahului saingan setakat jam 9.43 malam dengan 50,309 undi, diikuti Azleen Ambrose (BN) di kedudukan kedua selepas meraih 23,675 undi dan Mohamad Farid Abdul Razak (PN) dengan 23,273 undi

TIDAK RASMI - Azli Yusof (PH) mendahului dengan 4,334 undi setakat 9.30pm, meninggalkan Afif Bahardin (PN) dengan 2,588 undi, Isham Jalil (BN), 1,971 undi dan Rafique Rashid (PEJUANG),  228 undi.

Isham Jalil
Isham Jalil

TIDAK RASMI - Keputusan di KUALA SELANGOR sengit antara penyandang kerusi berkenaan dari PH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang kini mendahului dengan jurang yang kecil iaitu 10,794 undi dan calon BN yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mendapat 9,250 undi.

Dalam pada itu, Mohd Noor Mohd Sahar dari PN mendapat 5,359 undi serta calon PEJUANG, Mohd Shaid Rosli yang ketinggalan dengan 253 undi.

TIDAK RASMI - Calon PH, Rodziah Ismail mendahului dengan 6,975 undi manakala penyandang, Datuk Zuraida Kamaruddin hanya memperoleh 353 undi setakat jam 9.28 malam.

 Rodziah Ismail
Rodziah Ismail

TIDAK RASMI: Setakat 9.16 malam, Abdul Ghani Ahmad (PN) mendahului kiraan undi di JERLUN dengan 1,388 undi, diikuti dengan Datuk Othman Aziz (BN) dengan 438, Mohamed Fadzil Mohd Ali (PH) dengan 357 undi dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan hanya 145 undi.

9.15 malam - Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN) masih mendahului di Langkawi dengan 8,937 undi manakala penyandang, Tun Dr Mahathir Mohamad (PEJUANG), meraih 1.282 undi

TIDAK RASMI - Calon PH, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, menewaskan penyandang, Datuk Kamarudin Jaafar (PN) dan Datuk Chew Yin Keen (BN) setakat jam 9 malam.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Dr Wan Azizah Wan Ismail

9.11 malam - Calon BN, Khairy Jamaluddin mendahului calon-calon lain dengan majoriti 1,029 bagi Parlimen Sungai Buloh.

9.00 malam - Amirudin Shari (PH) mendahului dengan 23,654 undi untuk Parlimen Gombak, diikuti Mohamed Azmin Ali ((PN) di tangga kedua setelah memungut 14,972 undi dan Megat Zulkarnain Omardin (BN) di tempat ketiga

8.56 malam - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meraih 40, 267 undi untuk kerusi Parlimen Bagan 

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

9.00 malam - SPR umum keputusan rasmi pertama, calon GRS, Ahmad Johnie Zawawi menang kerusi Parlimen Igan, Sarawak

8.50 malam - Calon PN di Beluran, Ronald Kiandee mendahului dengan majoriti undi 1,094 setakat ini, meninggalkan pencabar utama, Benedict Asmat (BN)

8.47 malam - BN mendahului di Ketari, Pahang, iaitu kerusi yang disandang Young Syefura Othman (DAP)

Young Syefura Othman
Young Syefura Othman

8.30 malam - Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang juga calon PN bagi kerusi Parlimen Tambun tiba di Glenmarie Golf & Country Resort. Beliau disambut oleh penyokongnya dan turut kedengaran laungan “Hidup Tambun”.

8.20 malam - Di SEREMBAN, Anthony Loke Siew Fook mendahului sebanyak 15, 679 undian. Jauh ketinggalan, Felicia Wong Yin Ting dari BN mendapat 2,794 undian dan Fadli Che Me dari PN dengan 2,303 undian.

Anthony Loke Siew Fook
Anthony Loke Siew Fook

8:17 malam - P.098 Gombak

Amirudin Shari (PH) - 12,687
Azmin Ali (PN) - 8,157
Megat Zulkarnain (BN) - 5,220
Jamaludin Md Tahir (GTA) - 401
Zulkifli Ahmad (Bebas) - 92

8.05 malam – PH mendahului di TANJONG dengan 13,115 undi diikuti BN (1,331) dan PN (1,062).

8.00 malam – Margin undi PH di KOTA KINABALU dengan hampir 14,000 undi, menjadikan jumlah keseluruhan 16,456 undi untuk parti. Diikuti WARISAN (4,194), GRS (2,928), KDM (307), dan Bebas (7).

Penyandang kerusi MASJID TANAH, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari PN mendahului dengan 5,730 undi, diikuti BN (5,191), MUDA (2,162) dan PEJUANG (113). Setakat ini hanya 13,196 undi dikira. Jumlah pengundi berdaftar ialah 69,174.

7.56 malam - Mengikut perjumlahan DAP, PH mendahului di 29 daripada 44 kerusi Parlimen setakat ini.

Dengan 38% undi di kira di Ayer Hitam, Wee Ka Siong dari BN mendahului 9,743 undi, diikuti PH, Sheikh Omar Bagharib Ali  (7,769) dan PN diwakili oleh Muhammad Syafiq A.Aziz dengan (5,513).

8.16 malam - Dengan 11552 undi telah diambil kira, PH kini mendahului di Kulai, dengan 5,723 undi, diikuti BN (3,711 undi) dan PN (2118 undi). Di Kulai, penyandang kerusi Teo Nie Ching (PH-DAP), dicabar oleh Chua Jian Boon dari BN dan Tan Chin Hock dari PN.

8.10 malam

Calon PN Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mendahului saingan, meninggalkan tiga pesaing lain, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad (PEJUANG), Datuk Amirshah Siraj (BN) dan Zabidi Yahya (PH)

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

8.08 malam

Calon PN, Ahmad Faizal Azumu mendahului di Tambun, jauh meninggalkan pencabar utamanya, Anwar Ibrahim apabila memperoleh 2,652 undi, berbanding Pengerusi PH itu yang hanya mengumpul 321 undi setakat ini.

7:56 malam

Keputusan tidak rasmi Kerusi DUN Perak

Aulong – PH 293, BN 34, PN 28, Cincin 3, Kerusi 5
Jalong – PH 722, BN 70, PN 10, Kunci 30
Canning – PH 856, BN 205, PN 410
Kepayang – PH 494, BN 35, PN 29
Buntong – PH 190, BN 24, PN 10, Pokok 1, Jam 0
Jelapang – PH 1,486, BN 106, PN 40
Menglembu – PH 2,962, BN 249, PN 166
Tronoh – PH 747, BN 364, PN 395, Pejuang 44, Bebas 18, PBM 28
Astaka – PH 3,735, BN 695, PN 557
Keranji – PH 1,183, BN 406, PN 192, Warisan 22
Pasir Bedamar – PH 1,176, BN 254, PN 148
Changkat Jong – PH 9, BN 215, PN 139, Pejuang 0

7.17 malam - Ahmad Faizal mendahului di Tambun dengan 1,000 undi

7.05 malam - Di Kuala Lumpur, PH kini ketinggalan di SEPUTEH, dengan 25 undi. BN di sini mendahului dengan 1184 dan PN 175.
Di CHERAS, BN mendahului dengan 492 undi, manakala PN 447 dan PH 73.

Setakat jam 7.05 malam, di Kuala Lumpur, PH kini ketinggalan di Seputeh, dengan 25 undi. BN di sini mendahului dengan 1184 dan PN 175 - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Setakat jam 7.05 malam, di Kuala Lumpur, PH kini ketinggalan di Seputeh, dengan 25 undi. BN di sini mendahului dengan 1184 dan PN 175 - Gambar oleh Abdul Razak Latif

7.00 malam - Beberapa kerusi di Kuala Lumpur mengekalkan trend pro-PH. Di BUKIT BINTANG, PH mendahului dengan 1,705 undi setakat ini manakala BN 1,258 dan PN 1,098.
PH juga mendahului di KEPONG dengan 1,065 undi berbanding BN 36 dan PN lapan. Warisan pula memperoleh empat undi setakat ini manakala calon Bebas tunggal di sini memperoleh 23 undi.

6.55 petang - “Kerusi selamat” PH di DAMANSARA, Selangor menunjukkan gabungan lawan mendahului pada kiraan awal.
Di sini, PN mempunyai 207 undi dan BN 194, manakala PH hanya 28.

6.50 petang – PH mendahului di CAMERON HIGHLANDS dengan 313 undi pada pengiraan awal, diikuti BN 181 dan PN 43.
Di SANDAKAN, Vivian Wong dari PH mendahului dengan 1,784 undi, diikuti Alex Thien dari Warisan (481) dan Lau Chi Keong dari GRS (424), manakala tiga calon Bebas jauh di belakang.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikat peti undi di hadapan agen calon selepas tamat waktu mengundi tepat pada jam 5.30 petang di pusat mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 di Sekolah Kebangsaan Batu Putih Baru, Sandakan - Gambar Bernama
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikat peti undi di hadapan agen calon selepas tamat waktu mengundi tepat pada jam 5.30 petang di pusat mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 di Sekolah Kebangsaan Batu Putih Baru, Sandakan - Gambar Bernama

6.45 petang - Di Johor, pengiraan awal AYER HITAM, yang disandang Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menunjukkan PH mendahului dengan 167 undi, BN 134, dan PN 19.
Di KLUANG, kerusi yang dimenangi DAP pada 2018 menyaksikan PH hanya memperoleh 237 undi setakat ini. PN mendahului dengan 1,930 manakala BN 1,648.

6.41pm - Di Pulau Pinang, keputusan awal DAP menunjukkan pengiraan dijalankan di Parlimen TANJONG di mana PH mendapat 89 undi, PN, 51 dan BN 25.
Dalam kiraaan awal di BATU KAWAN, BN mendapat 14 undi, PN 10, dan PH dua.
Di BUKIT BENDERA, PN mendahului dengan 531, PH 390, dan BN 265.

6.40 petang - Di SIBU, Oscar Ling dari PH memperoleh 8,080 undi, manakala Clarence Ting dari GPS mendapat 5,350 dan Wong Soon Koh dari PSB 2,990.
Di PUNCAK BORNEO, Willi Mongin dari GPS menduduki tempat teratas dengan 5,243 undi, diikuti Diog Dios dari PH (2,556) dan Iana Akam dari PSB (710).

Setakat jam 6.40 petang, di Puncak Borneo, Willi Mongin dari GPS menduduki tempat teratas dengan 5,243 undi, diikuti Diog Dios dari PH (2,556) dan Iana Akam dari PSB (710) - Gambar Fail Bernama
Setakat jam 6.40 petang, di Puncak Borneo, Willi Mongin dari GPS menduduki tempat teratas dengan 5,243 undi, diikuti Diog Dios dari PH (2,556) dan Iana Akam dari PSB (710) - Gambar Fail Bernama

6.37 petang - Di KAPIT, Alexander Nanta Linggi dari GPS mendahului dengan 5,561 undi, diikuti Pangkas Unggang dari PH (1,046) dan Robert Saweng dari PBDS (339).

6.36 petang – Di SARIKEI, Sarawak, GPS mendahului dengan 4,310 undi dan DAP 3,360 undi.

6.29 petang – Berdasarkan keputusan tidak rasmi DAP, Barisan Nasional mendahului di LABIS, Johor pada kiraan awal dengan 388 undi, Pakatan Harapan 249, dan Perikatan Nasional 73.

6 petang - Pengiraan undi telah bermula di sesetengah kawasan antaranya Bukit Bendera, Kampar, Tapah, Klang, Seremban, Rasah, Labis, dan Pengerang.

Di SARAWAK proses pengiraan undi sedang dijalankan di Mas Gading, Puncak Borneo, Sibu dan Kapit selain Tenom di Sabah. - Getaran, 19 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 11 bulan yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 1 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

2

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

3

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

4

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

5

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

6

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

Semasa 4 jam yang lalu

Sempadan Malaysia – Thailand Di Sungai Golok ‘Dikawal’ Kereta Perisai, Dron