Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Memilih Pemimpin Yang Layak Kewajipan Dalam Islam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 7:39PM

JAIPk dalam teks khutbah Jumaat hari ini menegaskan menghukum dengan adil boleh dilakukan dengan tidak lagi memilih orang-orang yang terlibat dan terpalit dengan rasuah dan perbuatan pecah amanah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Islam sangat memberi penekanan soal kepimpinan, nasib buruk atau baik rakyat dan negara ditentukan oleh pemimpin kerana itu memilih pemimpin yang layak serta diyakini mampu memimpin dengan baik adalah suatu kewajipan.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam teks khutbah Jumaat hari ini menyatakan, terdapat dua jenis golongan yang wajib dijauhi dan tidak dipilih sebagai pemimpin berdasarkan Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat 42.

“Pertama, orang-orang yang gemar mendengar atau mereka cipta berita palsu dan keduanya adalah orang-orang yang suka memakan sumber yang haram seperti melakukan rasuah dan pecah amanah.

“Allah SWT memerintahkan kita menghukum mereka yang berperangai dan bersifat demikian dengan seadilnya, dengan berpaling daripada mereka, iaitu tidak sama sekali berurusan dengan orang sebegini, jauh sekali daripada mengangkat mereka menjadi pemimpin.

“Dalam suasana pilihan raya, menghukum dengan adil boleh dilakukan dengan tidak lagi memilih orang-orang yang terlibat dan terpalit dengan rasuah dan perbuatan pecah amanah,” katanya dalam Khutbah Jumaat bertajuk ‘Pilihan Raya: Pemilihan Ulil Amri.

Petugas SPR membuat persiapan peralatan untuk mengundi esok di SK Presint 9(1) Putrajaya.
Petugas SPR membuat persiapan peralatan untuk mengundi esok di SK Presint 9(1) Putrajaya.

Menurut teks khutbah tersebut, sudah tiba masanya untuk mengubah buruk kepada baik, dan mengambil langkah untuk menjernihkan air yang keruh.

“Betulkan yang biasa, dan biasakan diri dengan yang betul. Pilihan yang dilakukan akan menentukan kehidupan rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Tegasnya lagi, semua pilihan harus dilakukan pilihan dengan hati, akal dan fikiran yang waras dengan menilai sifat, watak, sikap serta pendirian calon. 

“Pilihlah calon yang memiliki peribadi yang jujur dan ikhlas, memiliki akhlak dan budi pekerti mulia, berilmu dan berpengetahuan, mengamalkan gaya hidup sederhana serta tidak memperagakan kemewahan secara keterlaluan. 

“Pilihlah pemimpin yang memiliki sifat al-qawi, bermaksud mahir dalam melaksanakan tugas; al-amin bermaksud amanah,” katanya.

Proses pengundian PRU-15 akan bermula 8 pagi esok.
Proses pengundian PRU-15 akan bermula 8 pagi esok.

Seawal jam 8 pagi esok bermulalah urusan mengundi untuk memilih wakil kepada rakyat dalam PRU-15.

Menerusi proses ini, rakyat diberikan hak membuat pilihan dalam kalangan calon yang menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 21.1 juta pengundi akan memilih kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang.

PRU-15 kali ini disertai oleh 39 parti politik bertanding, membariskan 945 calon, serta 108 calon bebas. - Getaran, 18 November 2022

Sorotan

1

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

2

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

3

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

4

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

5

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

6

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pusat Mempelam Kedah Antara Keutamaan Dalam Peta Tahun Melawat Kedah 2025

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 22 jam yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

Semasa 1 hari yang lalu

Bintang Selangor FC, Faisal Halim Disimbah Asid

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Suspek Kedua Kes Simbah Asid Faisal Halim Direman 5 Hari - Polis

oleh Wartawan Getaran