web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Pergerakan Aliran Penumpang Di Hab Pengangkutan Utama Mulai Meningkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 5:37PM

Orang ramai beratur membeli tiket bas di Terminal Bersepadu Selatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena PRU-15 pada 13 November. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pergerakan aliran penumpang di tiga hab pengangkutan utama di sini, mulai meningkat sejak tengah hari ini menjelang dua hari lagi hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu ini.

Tinjauan Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati sembilan kaunter daftar masuk yang dibuka sibuk mengendalikan penumpang yang beratur sejak pagi untuk laluan ke Kota Kinabalu (Sabah), Langkawi dan Alor Setar (Kedah), Kuching (Sarawak) dan Pulau Pinang. 

Malaysia Airlines Berhad (MAS) dalam kenyataan memaklumkan bagi memudahkan pergerakan puncak, pihaknya turut  akan mengaktifkan Pelan Pemulihan Perkhidmatan termasuk menempatkan sukarelawan MH Rangers bagi membantu operasi di pusat pengendalian bagasi dan kaunter daftar masuk.

Dalam masa sama, MAS menasihatkan penumpang yang pulang untuk PRU-15 agar tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam lebih awal daripada waktu pelepasan untuk memberi masa mencukupi bagi proses daftar masuk dan pemeriksaan dokumen yang diperlukan.

“Penumpang juga digalakkan untuk mendaftar masuk melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih untuk mempercepatkan proses,” menurut kenyataan itu.

MAS sebelum ini memaklumkan ia akan menambah bilangan penerbangan kepada 44 daripada 26, dan menaik taraf 24 daripada 16 perkhidmatan domestiknya menggunakan pesawat A330 bagi menampung potensi penambahan jumlah penumpang menjelang PRU-15.

Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), orang ramai turut didapati beratur panjang untuk membeli tiket bas  dengan destinasi ke Kota Bharu (Kelantan) dan Kuala Terengganu (Terengganu), paling laris terjual.

Pengurus Kanan Operasi TBS Faizal Redza Redzuan berkata pihaknya menjangkakan lebih 23,000 penumpang termasuk pelajar institusi pengajian tinggi akan berlepas dari terminal itu secara berperingkat mulai hari ini.

Di stesen Kuala Lumpur Sentral pula, pintu masuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke beberapa destinasi seperti Ipoh (Perak), Butterworth (Pulau Pinang), Padang Besar (Perlis) dan Kota Bharu (Kelantan) mulai dipenuhi penumpang.

Terdapat beberapa kakitangan KTMB dan polis bantuan juga ditugaskan di pintu masuk berkenaan untuk membantu kelancaran aliran pergerakan penumpang.

Sementara itu, beberapa pengundi yang ditemui menyatakan mereka lebih rela pulang awal ke kampung halaman bagi mengelakkan kesesakan di hab-hab pengangkutan berkenaan.

Jefezieziemiora Jenuil, 21, antaranya berkata dia bimbang ramai penumpang mendaftar masuk serentak di KLIA pada satu-satu masa, justeru sentiasa bersiap menghadapi sebarang kemungkinan.

“Ini kali pertama saya mengundi untuk Parlimen Pensiangan, sudah tentu tidak mahu terlepas seperti rakan-rakan untuk mengambil pengalaman memilih calon yang bertanding,” kata gadis berasal dari Kampung Sook, Keningau, Sabah itu.

Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Muhammad Helmi Emli Faizul, 19, pula berkata dia pulang ke Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini dengan tiket yang dibelinya sejurus tarikh pengundian diumumkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Rocky Din Terharu Berpeluang Rakam Semula Lagu 'Marilah Mengundi'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga