web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDN Rampas 3,823 Naskhah, Bahan, Hasil Penerbitan Al-Quran Dirumikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 2:59PM

Sebanyak 3,823 naskhah, bahan dan hasil penerbitan al-Quran khususnya dari Indonesia dirampas menerusi Op Naskhah yang dilaksanakan di seluruh Selangor sejak 1 Oktober lepas - Gambar Facebook Penguatkuasaan Dan Kawalan Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -  Sebanyak 3,823 naskhah, bahan dan hasil penerbitan al-Quran khususnya dari Indonesia dirampas menerusi Op Naskhah yang dilaksanakan di seluruh Selangor sejak 1 Oktober lepas sehingga semalam dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM110,221.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ahmad Hilmi Said berkata pihaknya turut merampas 943 filem format cakera video digital (DVD).

Beliau berkata rampasan berkenaan adalah hasil risikan dan operasi pihaknya di mana bahan-bahan yang dirampas itu tidak melalui atau melepasi tapisan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) dan Lajnah Tashih al-Quran dalam negara.

"Hasil pemeriksaan juga mendapati naskhah al-Quran yang dirampas mengandungi penulisan ayat al-Quran yang telah dirumikan, diperoleh dari Indonesia.

"Merumikan ayat al-Quran adalah tidak dibenarkan dalam negara ini dan telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.  

Ahmad Hilmi berkata kecenderungan penggunaan ayat al-Quran yang tulisannya telah dirumikan dikhuatiri akan menyebabkan bahasa al-Quran iaitu Bahasa Arab terpinggir.

Lebih membimbangkan LPPPQ adalah penggunaan ayat al-Quran yang dirumikan akan menyalahi nahu bahasa Arab yang mungkin menyebabkan maksud asal perkataan itu terpesong, katanya.

"Setakat ini, kita tidak mengesan sebarang penglibatan sindiket dalam penjualan naskhah al-Quran tersebut sebaliknya lebih kepada permintaan selepas didapati ia banyak dijual di media sosial.

"Harga yang ditawarkan adalah antara RM40 hingga RM100 mengikut saiz dan kes berkenaan disiasat mengikut Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya.

Ahmad Hilmi berkata pihaknya akan terus mempergiatkan penguatkuasaan di pintu masuk utama negara di Selangor antaranya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang selain di kedai-kedai menjual naskhah, bahan serta hasil penerbitan al-Quran.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang bersalahan dengan undang-undang di talian 03-55190349 atau Instagram @pkkselangorkdn serta Facebook rasmi Penguatkuasaan dan Kawalan Selangor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek