Berita Terkini

7 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Banjir Ubah Corak Kempen PRU-15

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 1:09PM

Banjir yang melanda lebih awal dari jangkaan di beberapa kawasan di sekurang-kurangnya enam negeri memaksa perubahan corak berkempen di situ bagi Pilihan Raya Umum ke-15 - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Banjir yang melanda lebih awal dari jangkaan di beberapa kawasan di sekurang-kurangnya enam negeri memaksa perubahan corak berkempen di situ bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Setakat pagi ini, seramai 3,196 mangsa banjir berada di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri, iaitu Perak, Selangor, Johor, Kelantan, Melaka dan Pulau Pinang.

Berikutan situasi itu, kempen beberapa calon serta ceramah politik membabitkan parti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) serta Pakatan Harapan (PH) dilaporkan terpaksa ditangguhkan seketika hingga memaksa gerak kerja kempen kini disesuaikan mengikut keadaan semasa dengan mendahulukan bantuan kepada rakyat yang terjejas.

Beberapa calon dilihat mengharungi air banjir untuk bertemu dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Seorang daripadanya calon PH Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang Nurul Izzah Anwar yang berbaju kurung dan baju hujan.

Malah beberapa calon di Selangor terpaksa menangguhkan dan beralih kepada misi menyantuni mangsa banjir. Antaranya, Parlimen Sungai Buloh yang merupakan kerusi tumpuan turut menyaksikan calon BN Khairy Jamaluddin sanggup menangguhkan kempennya seketika untuk bertemu penduduk terkesan dengan banjir.

Calon BN Khairy Jamaluddin menangguhkan kempennya seketika untuk bertemu penduduk terkesan dengan banjir - Gambar Facebook Khairy Jamaluddin
Calon BN Khairy Jamaluddin menangguhkan kempennya seketika untuk bertemu penduduk terkesan dengan banjir - Gambar Facebook Khairy Jamaluddin

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang juga calon PH bagi Parlimen Gombak dan calon PN bagi Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali juga antara yang dilihat membatalkan aktiviti kempen untuk meninjau keadaan banjir di kawasan terlibat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut bermula pertengahan November dan berlanjutan sehingga Mac tahun depan yang berisiko berlakunya hujan lebat sehingga boleh menyebabkan banjir terutama di kawasan rendah selain fenomena air pasang besar boleh melanda kawasan pantai antara November dan Januari tahun depan.

Situasi cuaca tidak menentu menyebabkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bersiap siaga meletakkan anggota bersama aset bantuan di beberapa lokasi bencana untuk memantau keadaan semasa terutama di persisiran pantai dan sungai.

“Bomba akan siap siaga berdasarkan keadaan cuaca seperti air hujan bertakung atau kenaikan paras air. Kita akan gunakan aset seperti bot dan lori pengangkut untuk sebarang kemungkinan,” kata Pengarah JBPM negeri Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama.

Di Pahang, calon BN bagi Parlimen Raub Datuk Chong Sin Woon berkata MCA mempunyai pasukan khas yang bersiap sedia untuk digerakkan pada bila-bila masa bagi membantu masyarakat di kawasan berisiko banjir, menunaikan kewajipan itu.

Situasi banjir di sekitar Kampung Baru Alma dan Taman Permai Jaya, Bukit Mertajam - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Situasi banjir di sekitar Kampung Baru Alma dan Taman Permai Jaya, Bukit Mertajam - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Beliau mengakui situasi banjir atau hujan lebat pada hari pengundian 19 November ini, sedikit sebanyak akan mempengaruhi pengundi untuk keluar mengundi. 

"... untuk mereka yang bukan penyokong tegar mana-mana parti, kalau hujan lebat tak adalah kesegeraan untuk mereka mengundi. Bagaimanapun untuk menarik pengundi, kita boleh hantar kenderaan dan menyediakan peralatan seperti payung dan sebagainya. Kita dah siap sedia perkara itu,” katanya.

Calon PH-DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari di Pahang, Thomas Su Keong Siong, juga berpandangan peratusan keluar mengundi akan turun dengan mendadak jika banjir, dan bagi meringankan beban rakyat, PH, menurut beliau akan mengutamakan aspek membantu mangsa banjir terlebih dahulu. 

"Saya berharap tak ada banjir walaupun sekarang kerap hujan. Kalau banjir, peratusan keluar (mengundi) tidak tinggi… bayangkan kalau rumah sendiri sudah dinaiki air, mana ada 'mood' untuk mengundi. Kalau kita tidak membantu sebaliknya suruh mereka mengundi, itu mementingkan diri,” katanya.

Di Kelantan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata jentera BN Kelantan bersedia dengan peralatan seperti bot, keperluan makanan dan sebagainya bagi membantu pihak berkuasa dalam operasi penyelamatan dan perpindahan mangsa banjir.

Situasi di Pusat Pemindahan Sementara mangsa banjir Masjid Al-Falah, Kampung Budiman, Klang - Gambar oleh Sairien Nafis
Situasi di Pusat Pemindahan Sementara mangsa banjir Masjid Al-Falah, Kampung Budiman, Klang - Gambar oleh Sairien Nafis

Turut menyatakan kesediaan, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab yang menjelaskan bahawa seramai 1,349 anggota APM bersama logistik seperti 14 buah lori dan 78 buah bot sedia untuk digerakkan sekiranya berlaku banjir termasuk pada hari pengundian.

Di Terengganu, 30 lokasi berisiko banjir telah dikenal pasti di empat daerah iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Besut.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tengku Datuk Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan bagi penyediaan barangan keperluan dan makanan buat mangsa banjir kali ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 21 jam yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Kuantan Ada Masalah Kesihatan – Polis