web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: voteordie.shop Dedah Kos Gaya Hidup Ahli Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 11:00AM

Sekali pandang, voteordie.shop mungkin kelihatan seperti laman web satira yang diwujudkan untuk menimbulkan kemarahan terhadap tanda harga ‘mengagumkan’ aksesori dan pakaian dipakai oleh tokoh dari kedua-dua belah jurang politik - Tangkapan layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Dengan tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin hampir, nampaknya sekumpulan individu prihatin telah mengambil tanggungjawab untuk mendidik orang ramai mengenai perincian politik dengan mendedahkan pembelian boros ahli politik.

Sekali pandang, voteordie.shop mungkin kelihatan seperti laman web berbaur sindiran yang diwujudkan untuk menimbulkan kemarahan terhadap tanda harga yang dilampirkan pada aksesori dan pakaian mewah dipakai tokoh dari kedua-dua belah jurang politik.

Bagaimanapun sebaik melihat secara dekat, laman web itu, yang penciptanya masih tidak diketahui sehingga berita ini ditulis, cuba menyebarkan maklumat mengenai PRU-15 dan keperluan rakyat untuk keluar mengundi.

Antara barangan yang dipaparkan di laman web itu sebagai untuk dijual termasuklah jam tangan Richard Mille RM033 Extra Thin seperti yang didakwa dipakai Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bernilai RM423,150.

Malah ia turut memaparkan jam tangan Aquaracer CAF101A yang kelihatan di pergelangan tangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berharga RM6,806.

Barangan paling mahal yang disenaraikan di laman web itu ialah jam tangan Felipe Massa Rose Gold bernilai RM1 juta, didakwa dipakai oleh penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Penerangan pada produk itu mengecam tanda harga barangan terbabit sebagai "lebih daripada dua kali ganda jumlah anggaran purata rakyat Malaysia perlu bersara dengan selesa".

Barangan lain, seperti kasut Carlo Como En Cuir Alligator yang didakwa digayakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menampilkan ilustrasi sarkastik yang sama mengenainya seperti “Kasut tahan lasak melindungi pemakai daripada kecederaan semasa berjalan di sekeliling rakyat.”

Laman web itu juga mempersoalkan sama ada negara boleh "diwakili dengan tepat oleh ahli politik yang berlagak mengayakan barang kemas dan pakaian bernilai lebih daripada apa yang kebanyakan rakyat Malaysia akan lihat sepanjang hayat mereka" - Tangkapan layar
Laman web itu juga mempersoalkan sama ada negara boleh "diwakili dengan tepat oleh ahli politik yang berlagak mengayakan barang kemas dan pakaian bernilai lebih daripada apa yang kebanyakan rakyat Malaysia akan lihat sepanjang hayat mereka" - Tangkapan layar

Mereka yang berminat untuk membeli barangan ikonik itu sebaliknya akan diarahkan ke paparan tentang jenama itu, yang dipanggil voteordié, bertujuan untuk "menyerlahkan hanya sebahagian daripada kekayaan besar yang dikumpul oleh elit politik di Malaysia" selama ini.

Sambil menggesa rakyat menggunakan undi mereka, laman web itu juga mempersoalkan sama ada negara boleh "diwakili dengan tepat oleh ahli politik yang berlagak mengayakan barang kemas dan pakaian bernilai lebih daripada apa yang kebanyakan rakyat Malaysia akan lihat sepanjang hayat mereka".

Dalam usaha yang menekankan "Undi atau Mati!", kempen yang dilancarkan oleh pemuzik Sean 'Diddy' Combs untuk Pilihan Raya Presiden 2020 di Amerika Syarikat (AS), voteordie.shop dipenuhi dengan pautan ke siaran media sosial bermaklumat politik.

Pautan itu, tersenarai secara senyap-senyap di halaman soalan lazimnya dengan mengemukakan soalan yang akan ditujukan kepada penjual pakaian sebenar, memaparkan kandungan dalam talian daripada artis grafik popular dan satira politik, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, platform dalam talian Wiki Impact dan stesen radio BFM.

voteordié juga cuba menyebarkan maklumat mengenai PRU-15 dan keperluan rakyat untuk keluar mengundi - Tangkapan layar
voteordié juga cuba menyebarkan maklumat mengenai PRU-15 dan keperluan rakyat untuk keluar mengundi - Tangkapan layar

Di bawah bahagian berlabel "Apa gunanya membuat pembelian? Tidak bolehkah saya hanya tinggal di rumah dan tidak mengambil bahagian?”, laman web itu berkongsi artikel oleh portal berita dan orang ramai yang menjelaskan mengapa mereka akan keluar mengundi.

Rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada Sabtu ini. – The Vibes, 16 November 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Final EURO 2024: England Jadi Pilihan Ahli Politik Malaysia

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Tip Pilih Tadika Terbaik Untuk Anak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanggungjawab Moral Untuk Ahli Politik, Pesara Pilih Satu Pencen - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Operasi Pangea XVI 2023: 1,675 Pautan Jual Produk Farmaseutikal Terlarang Disekat 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar