web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Video Kontroversi Tersebar, Polis Rakam Percakapan Zul Huzaimy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 7:24PM

Zul Huzaimy - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman sudah merakam percakapan pelakon Zul Huzaimy semalam, susulan kenyataan berbaur perkauman dan ugutan yang tular di media sosial.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, polis sedang menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah merakam percakapan Zul Huzaimy semalam.

“Kami masih menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat,” katanya, ringkas hari ini.

Getaran semalam melaporkan, Zul Huzaimy disiasat selepas polis menerima laporan berhubung video membabitkan pelakon tersebut.

Siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman. 

Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 506, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Klip video membabitkan Zul Huzaimy itu memaparkan kenyataan pelakon berkenaan yang mahu menyembelih penganut bukan Islam, dipercayai dirakam pada 4 November lalu ketika berceramah di Kemaman, Terengganu.

Susulan penyebaran, pelakon tersebut tampil memberikan penjelasan serta membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau bagaimanapun mendakwa, video berkenaan menjadi kontroversi apabila sedutan ucapannya disensasikan dan diolah bagi menampakkan unsur kebencian.

"Saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang mungkin salah anggap mengenai apa yang sudah saya ucapkan dalam klip yang disunting oleh seseorang.

"Klip itu mengatakan saya terlalu ekstrem hingga mahu menyembelih orang bukan Muslim di Malaysia. Itu adalah salah.

''Anda perlu dengar ucapan saya secara penuh. Saya kata, kita harus jaga saudara-saudara bukan Islam kerana menyokong pemerintahan negara kita sebagai negara Islam.

"Saya kata wajib untuk seorang pemimpin beragama Islam menjaga mereka (orang bukan Islam)," katanya melalui video dimuat naik di Instagram (IG). – Getaran, 15 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan