web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penumpang Berang LRT Buat Hal Lagi, ‘Macam Dekat Itaewon Dah Ni’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 12:20PM

Kelihatan keadaan sesak di stesen LRT kerana perkhidmatan yang tergendala. - Gambar dari Twitter FaizalGhazaly

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baru sehari beroperasi, perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) kembali mengalami gangguan pagi ini, sekali gus mengundang kemarahan pengguna pengangkutan awam itu.

Difahamkan penumpang terpaksa diturunkan di stesen Jelatek kerana tren tersebut mengalami masalah brek.

Seorang pengguna Twitter, FaizalGhazaly, yang menjadi antara penumpang terjejas meluahkan rasa kecewa dengan masalah yang timbul pada waktu puncak itu.

“Baru sehari LRT ok, LRT dari Gombak bila sampai (stesen) Jelatek semua kena turun.

“Kemudian kekerapan LRT dikurangkan kepada setiap lima minit. Apa hal @AskRapidKL? Sejujurnya anda rosakkan pagi saya,” katanya yang mengadu masalah itu di Twitter RapidKL.

Aduan itu turut mendapat respons RapidKL yang memohon maaf kepada penumpang terjejas dan memaklumkan salah satu tren perlu dihentikan disebabkan masalah teknikal.

Bagaimanapun respons itu dibidas pemuda tersebut yang menyifatkannya sebagai jawapan ‘selesa’ untuk menenangkan penumpang terjejas.

“Ya, tren akan tiba sebentar lagi, tapi kami kena tunggu lama sebab tren sampai dah penuh. Jangan gunakan jawapan selesa seperti ini,” katanya.

Pada masa sama FaizalGhazaly turut mempertikaikan kelulusan diberikan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang membenarkan perkhidmatan LRT di laluan Kelana Jaya disambung semula operasinya semalam.

“Setelah mendapat kelulusan daripada APAD. Bagaimana dengan ini? Pengesahan tidak sah ke?” soalnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter, the_ndyhsn turut berang dengan perkhidmatan LRT yang kembali terjejas pagi ini.

“Pagi-pagi buat hal. Orang nak pergi kerja. Sila tingkatkan kekerapan kemudian. Ramai bersesak macam dekat Itaewon dah ni,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter, Golpitiyam membuat aduan kepada pengendali Twitter RapidKL bahawa sebuah tren berhenti di stesen KLCC, tetapi pintunya tidak dibuka.

“Adakah anda mahu kami keluar melalui tingkap?” soalnya.

Pengendali Twitter RapidKL itu memaklumkan tren di stesen Jelatek terpaksa dihentikan kerana masalah brek dan terpaksa dihantar semula ke depoh untuk pemeriksaan.

Bagi pintu tren yang tidak berfungsi, Rapid Rail berkata, pihaknya sedang menyelesaikan masalah itu dan memohon maaf atas kesulitan.

Baru semalam, 16 stesen transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang digantung operasi  dibuka semula kepada penumpang pada jam 6 pagi dengan tren tiba selang tiga minit pada waktu puncak.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, pembukaan semula dua hari lebih awal laluan rel itu daripada dijadualkan, mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Tambahnya, walaupun perkhidmatan penuh disambung semula, PRASARANA akan terus memantau sistem rel bagi memastikan ia kekal stabil dan selamat untuk penumpang.

Rabu lalu, Rapid Rail mengumumkan bahawa 16 stesen antara laluan Kelana Jaya dan Ampang Park akan ditutup selama seminggu kerana isu teknikal, berikutan gangguan perkhidmatan selama dua hari.

Pada hari sama, Azharuddin berkata, punca sebenar isu itu masih belum dapat dipastikan dan krisis sistem kawalan tren automatik atau ATC di laluan Kelana Jaya, boleh menjadi yang pertama seumpamanya di dunia.

Manakala, hari berikutnya, Ka Siong mengesahkan bahawa Pusat Kawalan Operasi LRT dan wakil daripada pengeluar peralatan asal sistem rel, Thales Group menjalankan ujian ke atas perkhidmatan komuter yang digantung operasi. - Getaran, 15 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad