web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buku Tommy Thomas Sarat Unsur Dongeng - Peguam

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2021 6:03PM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Buku tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dianggap sebagai satu kisah dongeng yang menyalahi beberapa aspek perundangan.

Seorang peguam, Rosli Dahlan mendakwa, buku bertajuk My Story : Justice in the Wilderness itu sarat dengan watak fiksyen yang merujuk kepada persaingan merebut jawatan Peguam Negara.

Beliau juga tidak percaya nama `Roslan Dahlan' dalam buku itu merujuk kepada dirinya, yang kononnya dinamakan sebagai calon Peguam Negara, sebaik Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Thomas menerusi buku itu mendakwa, Roslan adalah calon Peguam Negara yang diusulkan presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

“Beliau mencipta watak khayalan sebagai pesaing jawatan Peguam Negara. 

''Itu cubaan beliau untuk menggambarkan dirinya lebih hebat sedangkan persaingan itu tidak wujud. Beliau hanya bersaing dengan bayang-bayang,'' katanya kepada Getaran.

Rosli ketika dihubungi turut menafikan pernah bertemu Muhyiddin atau berminat untuk menyandang jawatan itu.

''Saya tidak pernah mengenali individu bernama Roslan ini dan saya juga tidak tahu jika Muhyiddin kenal (atau tidak) lelaki berkenaan.

''Jika benar nama terbabit merujuk kepada saya, jelas ia hanyalah satu dongeng kerana saya tidak pernah berminat atau bercakap dengan Muhyiddin berhubung perkara itu,'' tegasnya.

Penerbitan buku berkenaan jelas Rosli lagi, secara nyata mencabuli peruntukan perundangan, khususnya Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Kanun Acara Jenayah 1976.

''Tommy melanggar sumpah jawatannya untuk menyimpan rahsia, sekali gus bertentangan dengan peruntukan di bawah Seksyen 8 OSA.

''Kesalahan ini membolehkan beliau ditangkap tanpa waran di bawah Seksyen 18, akta yang sama,'' katanya.

Menurut Rosli, Tommy turut melakukan kesalahan di bawah Seksyen 203A Kanun Acara Jenayah kerana mendedahkan maklumat sulit yang terkandung di bawah bidang tugasnya semasa menyandang jawatan Peguam Negara.

''Lebih memeranjatkan lagi ialah apabila beliau sendiri mengaku terbabit dalam melobi jawatan sebagai Peguam Negara sejak PRU13, selain menjalin pakatan bersama beberapa pemimpin DAP dan PH berhubung perkara itu.

''Ia menimbulkan persoalan berhubung kemungkinan wujud aspek conflict of interest apabila membuat keputusan menghentikan pendakwaan dalam kes Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan kes rasuah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng,'' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, dakwaan Tommy bahawa Jemaah Menteri terbubar susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad, mendapat perhatian peguam Muhammad Rafique Rashid Ali. 

Beliau berkata, Dr. Mahathir ketika itu jelas sudah kehilangan sokongan majoriti Dewan Rakyat, susulan keputusan Ahli Parlimen Bersatu untuk meninggalkan kerajaan PH.

Tindakan sama turut diambil beberapa ahli PKR, termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Zuraida Kamaruddin. 

Menguatkan kenyataan itu, Rafique memetik Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menyatakan bahawa Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan Jemaah Menteri sekiranya tidak lagi menerima kepercayaan majoriti Dewan Rakyat, melainkan jika atas permintaannya, Parlimen dibubarkan Yang Dipertuan Agong. 

“Ini juga dizahirkan semasa sesi temuduga kesemua 222 Ahli-Ahli Dewan Rakyat oleh Yang Di-Pertuan Agong  yang menyaksikan Dr Mahathir hanya memperoleh sekitar 60 undi sahaja. 

“Sudah terang lagi bersuluh bahawa beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat, ketika memutuskan untuk meletak jawatan pada Februari tahun lalu,” katanya. - Getaran, 2 Februari 2021
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Siasatan Kematian Kadet UTM Syamsul Haris Akan Dibuat Jika Perlu - AG

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 7

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar