web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beri Kenyataan Berbaur Ugutan, Zul Huzaimy Disiasat Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 9:22PM

Zul Huzaimy - Gambar Instagram Zul Huzaimy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Aktor Zul Huzaimy berdepan siasatan polis selepas disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan ugutan yang tular di media sosial sejak semalam.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, polis telah menerima laporan berhubung video pelakon tersebut.

“Siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman. 

“Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 506, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ringkas, hari ini.

Klip video itu, dipercayai dirakam pada 4 November lalu tular di media sosial, memaparkan kenyataan pelakon berkenaan yang mahu menyembelih individu bukan Islam.

Bagaimanapun, sejak ia tular, pelakon tersebut tampil memberikan penjelasan serta membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, susulan kenyataan penuh kontroversi itu.

Beliau mendakwa, kenyataan berkenaan menjadi kontroversi apabila sedutan ucapan berkenaan disensasikan bagi menimbulkan unsur kebencian.

Jelas Zul Huzaimy, klip berkenaan sudah disunting hingga menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai.

"Klip itu mengatakan saya terlalu ekstrem hingga mahu menyembelih orang bukan Muslim di Malaysia. Itu adalah salah. Anda perlu dengar ucapan saya secara penuh.

“Saya kata, kita harus jaga saudara-saudara bukan Islam kerana menyokong pemerintahan negara kita sebagai negara Islam. Saya kata wajib untuk seorang pemimpin beragama Islam menjaga mereka (orang bukan Islam)," katanya melalui video yang dimuat naik di Instagram (IG), hari ini.

Video yang tular itu dipercayai dirakam ketika pelakon terbabit menyampaikan ceramah di Kemaman, Terengganu, 4 November lalu. - Getaran, 14 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Ganggu Anggota Trafik, ‘Inspektor Sheila’ Disiasat 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad