web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Irwan Akui Terima 2 Cek Berjumlah RM521,774 Daripada 1MDB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 8:26PM

Irwan Serigar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau menerima bayaran berjumlah RM521,774 daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi dua cek pada 2013 dan 2016.

Mohd Irwan, 65, berkata beliau yang dilantik sebagai ahli lembaga penasihat (BOA) 1MDB oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu perdana menteri, menerima bayaran sebanyak RM221,774 dan RM300,000, masing-masing pada 2013 dan 2016.

“Saya dimaklumkan bahawa bayaran (RM221,774) adalah bayaran tertunggak kepada saya selaku ahli lembaga pengarah 1MDB sejak saya memegang jawatan KSP pada Ogos 2012 hingga Ogos 2013. Saya tidak meminta elaun bayaran ini dibuat malah bayaran ini dibuat oleh 1MDB kepada saya melalui cek syarikat 1MDB.

“Manakala tempoh pembayaran elaun (RM300,000) yang saya terima adalah dari 2013 sehingga 2016 iaitu sehingga BOA dimansuhkan oleh Najib sendiri selepas siasatan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB,” kata saksi pendakwaan ke-42 itu ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan Najib bagi pertuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana milik 1MDB.

Selain dua pembayaran itu, Mohd Irwan berkata beliau telah menerima elaun BOA sebanyak RM25,000 daripada 1MDB setiap bulan secara konsisten bermula 26 Ogos 2013 sehingga 2015.

Menurutnya, selepas BOA dimansuhkan beliau juga menerima elaun pengerusi 1MDB sebanyak RM25,000 secara bulanan dan sejak dilantik menjadi ahli BOA, beliau tidak pernah dipanggil atau menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat BOA 1MDB.

“Walaupun pengerusi BOA adalah Najib merangkap Menteri Kewangan, beliau sendiri tidak pernah memaklumkan kepada saya tentang apa-apa mesyuarat berkenaan dengan BOA 1MDB. Saya pernah bertanya kepada Tan Sri Ali Hamsa (Ketua Setiausaha Negara) ketika itu mengenai mesyuarat BOA 1MDB, namun jawapan KSN kepada saya, beliau juga tidak tahu dan tidak dipanggil dalam apa-apa mesyuarat berkaitan BOA 1MDB sejak beliau dilantik.

“Jadi, selepas itu saya juga tidak pernah tanya lagi kepada KSN atau Najib,” katanya sambil menambah beliau tidak pernah terlibat dalam membuat apa-apa keputusan dari segi perjalanan syarikat mahupun pelaburan-pelaburan yang dibuat 1MDB.

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram sama ada beliau menghadiri mesyuarat BOA, saksi itu menjawab: “Tidak… walaupun mesyuarat BOA tidak dipanggil tetapi secara tidak rasmi ada (mesyuarat). Saya adalah KSP dan 1MDB berkait dengan Kementerian Kewangan, secara tidak rasmi nasihat diberi atau kadang-kadang Najib bertanya kepada saya… kadang-kadang Najib ada keputusan sendiri.

Ketika menjelaskan mengenai ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, Mohd Irwan mengesahkan bahawa sepanjang berkhidmat sebagai KSP di Kementerian Kewangan dan juga kemudian dilantik sebagai Pengerusi 1MDB, beliau tidak pernah sama sekali berkomunikasi atau bertemu dengan Jho Low.

“Saya tahu isu berkenaan Jho Low yang dikaitkan dengan 1MDB pertamanya dalam sesi soal jawab dengan PAC dalam tahun 2015 kemudian berdasarkan laporan media yang tersebar,” katanya.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad