web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15 Lagi 5 Hari, YB Tolonglah Selesaikan Masalah Jalan Rosak - Penduduk 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 4:48PM

Penduduk menggesa supaya jalan raya tersebut dibaiki segera kerana keadaannya yang amat bahaya terutama kepada penunggang motosikal. - Gambar oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG – Dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 yang berbaki kurang lima hari, penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dalam Parlimen Kota Raja masih dibelenggu masalah jalan rosak dan berlubang.

Sehingga hari ini, mereka masih menanti janji manis wakil rakyat berkaitan menjadi kenyataan.

Tinjauan Getaran di sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Johan Setia di sini mendapati, keadaan jalan tersebut amat berbahaya untuk pelajar dan ibu bapa, khususnya jika menggunakan kenderaan ringan seperti motosikal.

Seorang penduduk dikenali sebagai Hafiz Raimi berkata, penduduk amat memerlukan jasa baik wakil rakyat berkaitan untuk menangani masalah berkenaan pada kadar segera.

Katanya, saban hari penduduk sekitar memperjudi nyawa masing-masing setiap kali menggunakan jalan raya di situ.

“Sekarang sudah memasuki tempoh PRU-15 tapi kami masih dibelenggu masalah yang sama.

“Jalan di sini perlu ditampal atau ditar segera, sebelum berlaku kemalangan yang meragut nyawa,” katanya, kesal.

Hafiz berkata, kawasan terbabit rosak kerana digunakan lori bermuatan berat yang mengangkut barang daripada pelbagai gudang berhampiran.

Jalan tersebut katanya, turut bersambung ke kawasan perumahan sekitar.

“Kesemua lori ini menggunakan laluan yang sama dan itulah punca semua kerosakan jalan. Di hujung sekolah ini juga ada taman perumahan dan jalan di situ juga rosak,” katanya.

Kawasan terbabit rosak kerana digunakan lori bermuatan berat yang mengangkut barang daripada pelbagai gudang berhampiran.
Kawasan terbabit rosak kerana digunakan lori bermuatan berat yang mengangkut barang daripada pelbagai gudang berhampiran.

Memburukkan lagi keadaan, tiang elektrik di laluan sama juga pernah beberapa kali dilanggar lori hingga tumbang.

“Pemandu terlibat pula amat tidak bertanggungjawab apabila melarikan diri sehingga kawasan sekitar terputus bekalan elektrik.

“Banyak kali tiang elektrik patah mengakibatkan banyak rumah tiada bekalan (elektrik). Lori langgar dan (terus) lari,” keluhnya.

Beliau menarik perhatian, masalah tersebut pernah diadukan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan mendapat bantuan seorang petugas dikenali sebagai Megat.

“Kami amat terhutang budi kepada Megat kerana beliau mengambil inisiatif membantu menurap jalan menggunakan wang sendiri walaupun jelas ia bukan termasuk dalam skop tugasan yang perlu dilakukan,” katanya.

Penduduk berharap mereka yang akan dipilih sebagai Ahli Parlimen kawasan berkenaan akan memberikan fokus untuk membaiki jalan raya yang rosak itu.
Penduduk berharap mereka yang akan dipilih sebagai Ahli Parlimen kawasan berkenaan akan memberikan fokus untuk membaiki jalan raya yang rosak itu.

Walaupun tidak bertanding pada PRU-15, Hafiz meluahkan harapan agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dapat membantu menyelesaikan masalah berkenaan sebelum hari pengundian Sabtu ini.

“Saya amat berharap YB (Yang Berhormat) Sungai Kandis dapat turun padang dan melihat sendiri kesengsaraan yang kami tanggung.

“Perkara ini bukan baharu, ia sudah berlarutan sejak bertahun lalu,” katanya sedih.

Sementara itu, seorang peniaga kuih yang tidak mahu namanya diambil memberitahu Getaran, dia akan tetap mengundi calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu (AMANAH).

Undi tersebut katanya, bukan kerana beliau membenci gabungan politik lain, tetapi atas dasar khidmat yang diberikan selama ini.

“Saya tetap akan undi Mat Sabu, bukan kerana beliau mewakili PH tetapi beliau sememangnya menjaga penduduk di sini dengan baik.

“Biarlah orang nak cakap dia (Mat Sabu) pelawak atau apa pun, (tapi) dia jaga penduduk dengan baik. Semasa banjir yang lepas (2021) pun dia ada turun padang beri bantuan, wakil rakyat awak ada?” soalnya, sinis.

Pada PRU-15, Mohammad bakal berdepan saingan lapan penjuru melibatkan Mohamed Diah Baharun (PN), Fahmi Bazlan Muda (PEJUANG), Sarah Afiqah Zainol Arif (Parti Rakyat Malaysia) serta tiga calon Bebas iaitu D Kajendran, P Raveentharan, S Surendhar dan K Kumar. -  Getaran, 14 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad