Berita Terkini

4 minit yang lalu: Pusat pengundian awal di Balai Polis Tekek, Pulau Tioman ditutup pukul 12 tengah hari - SPR 11 minit yang lalu: PRU15: 80 peratus keluar mengundi awal Parlimen Padang Serai, 94 peratus di DUN Tioman setakat 12 tengah hari - SPR 1 jam yang lalu: PRU15: 43 peratus keluar mengundi awal Parlimen Padang Serai, 78 peratus di DUN Tioman setakat 10 pagi - SPR 3 jam yang lalu: PRU15: 17 peratus keluar undi awal Parlimen Padang Serai, 35 peratus di DUN Tioman setakat 9 pagi - SPR 4 jam yang lalu: Piala Dunia: Serbia 2 Switzerland 3, Cameroon 1 Brazil 0

IKUTI KAMI


Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya Kembali Beroperasi Esok

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 6:06PM

Mohd Azharuddin (kanan) dan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong (kiri) meninjau dan menguji keberkesanan sistem serta keselamatan operasi LRT Laluan Kelana Jaya. - Gambar dari Facebook Wee Ka Siong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang dihentikan sejak 9 November lalu akibat mengalami masalah sistem, dibuka sepenuhnya esok.

Pembukaan itu menyaksikan ia beroperasi lebih awal daripada tarikh asal iaitu pada 15 November ini.

Susulan pembukaan yang mendapat kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan membuka keseluruhan jajaran LRT Laluan Kelana Jaya bermula jam 6 pagi.

Berdasarkan analisa ke atas ujian meluas oleh pakar teknikal Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dan pihak OEM Thales Group, APAD mengesahkan kestabilan sistem kawalan tren automatik (ATC) dan mengisytiharkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya selamat untuk beroperasi sepenuhnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, kelulusan itu adalah ‘khabar gembira’ selepas sebahagian daripada LRT Laluan Kelana Jaya digantung perkhidmatannya.

 Mohd Azharuddin Mat Sah - Gambar fail
Mohd Azharuddin Mat Sah - Gambar fail

“Kami berterima kasih kepada APAD dengan kelulusan diberikan untuk menyambung operasi LRT Laluan Kelana Jaya. Kini kami boleh kembali memberi perkhidmatan sebaiknya kepada seluruh warga kota.

“Pemantauan sistem akan diteruskan bagi memastikan ia kekal stabil agar perkhidmatan dijalankan dengan selamat.

“Kami sekali lagi menekankan bahawa keputusan diambil adalah demi keselamatan pengguna. Pembukaan penuh perkhidmatan lebih awal daripada jadual ini diharap mengurangkan kesulitan dilalui pengguna pengangkutan awam, khususnya LRT Laluan Kelana Jaya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya akan diberikan pampasan tiket mengikut bilangan hari terjejas.
Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya akan diberikan pampasan tiket mengikut bilangan hari terjejas.

Mengulas mengenai pampasan dalam bentuk pemberian tambang percuma untuk setiap hari gangguan kepada pengguna LRT Laluan Kelana Jaya seperti diumumkan pihak Rapid Rail, Mohd Azharuddin berkata ia akan dilaksanakan menerusi tiga kaedah.

Malah, walaupun sebahagian perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya digantung selama lima hari, pengguna akan diberi perjalanan percuma tujuh hari.

“Pampasan ini akan dilaksanakan menerusi Pengguna My50, iaitu pengguna akan diberi tambahan perjalanan percuma selama tujuh hari apabila memperbaharui pas My50 setelah tamat tempoh. Pembaharuan boleh dilakukan bermula 21 November hingga 20 Disember ini.

“Pengguna perlu ke mana-mana pejabat khidmat pelanggan di stesen LRT, MRT (transit aliran massa), monorel dan BRT (bas rapid transit) serta Pegawai Khidmat Pelanggan akan membuat pengesahan.

“Bagi pelanggan pas My50 yang tamat tempoh di antara Isnin 14 November hingga Ahad 20 November 2022, boleh menggunakan pas seperti biasa tanpa sebarang caj. Sila pastikan sekurang-kurangnya RM5 nilai tersimpan dikekalkan di dalam pas,” katanya.

Menurut Mohd Azharuddin, pampasan menerusi kaedah kedua adalah kepada pengguna kad Touch ‘n Go dengan mereka yang menggunakan perkhidmatan Laluan Kelana Jaya, boleh menggunakan kad seperti biasa tanpa sebarang caj antara Isnin 14 November hingga Ahad 20 November, dengan syarat destinasi mula atau akhir adalah di mana-mana stesen Laluan Kelana Jaya.

“Sila pastikan sekurang-kurangnya RM5 nilai tersimpan di dalam kad,” katanya.

Mohd Azharuddin berkata, kaedah seterusnya adalah kepada pengguna token.

“Semua pengguna perkhidmatan Laluan Kelana Jaya dari Isnin 14 November hingga Ahad 20 November layak untuk menikmati tambang percuma.

“Pengguna perlu ke mana-mana pejabat khidmat pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala, dengan syarat destinasi mula atau akhir adalah di mana-mana stesen Laluan Kelana Jaya,” katanya.

Beliau berkata, bagi maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi pihaknya menerusi suggest@rapidkl.com.my atau melalui talian 03-7885 2585 pada hari Isnin hingga Jumaat, dari 7 pagi hingga 8.30 malam, manakala Sabtu hingga Ahad dan Cuti Umum dari 7 pagi hingga 5.30 petang.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di atas kesabaran anda ketika tempoh yang sangat mencabar ini. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menghulurkan bantuan dan sokongan, terutama pihak Smart Selangor, MARA Liner, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan rakyat Malaysia yang memberi bantuan kepada penumpang terjejas.

“PRASARANA dan Rapid Rail sekali lagi memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan akibat gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya. Segala usaha akan diambil bagi memastikan gangguan seumpama ini tidak berulang,” katanya.

Terdahulu pada 9 November lalu, selepas beberapa kali perkhidmatan LRT berdepan gangguan sistem sehingga dihentikan lebih awal malam sebelumnya, Rapid Rail membuat keputusan ‘mengejutkan’ apabila menggantung operasi perjalanan pengangkutan awam itu bagi laluan Kelana Jaya selama tujuh hari.

PRASARANA pada 9 November lalu telah mengumumkan operasi di 16 stesen LRT dari Kelana Jaya hingga Ampang Park digantung susulan perkhidmatan yang didapati tidak stabil.
PRASARANA pada 9 November lalu telah mengumumkan operasi di 16 stesen LRT dari Kelana Jaya hingga Ampang Park digantung susulan perkhidmatan yang didapati tidak stabil.

RapidRail memaklumkan, penggantungan antara stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park itu membabitkan 16 stesen.

Stesen itu adalah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asian Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar.

Turut ditutup Stesen Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.

Menurut kenyataan Rapid Rail, punca gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC pada perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya itu, mengakibatkan kehilangan isyarat di antara pusat kawalan dan tren, menyebabkan pengangkutan berkenaan tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.

Pada masa sama, Rapid Rail memaklumkan masalah serius seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan kini pihaknya dibantu pasukan khas pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group dari Toronto, Kanada bagi mencari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang. - Getaran, 13 November 2022

Sorotan

1

Permintaan Pasaran, Ruang Kilang Lebih Luas Sokong Operasi Micron Di Malaysia

2

Kerajaan Selangor Harap Laluan ECRL Ditambah Ke Bahagian Selatan Negeri

3

Jangan Heret Rakyat Ke Kancah Perpecahan Demi Sokongan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan September Dibuka Untuk Semakan - SPR

Semasa 1 hari yang lalu

4 Cadangan Elak Rasuah, Salah Guna Kuasa Dalam Proses Tender Terbuka

oleh Aiman Sadiq

Semasa 21 jam yang lalu

94 Peratus Jangkitan HIV Berpunca Daripada Hubungan Seksual

oleh Fitri Nizam

Semasa 6 jam yang lalu

Anggota Kabinet Tekad Beri Khidmat Terbaik