web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayi Dihempap Pokok Ru Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 3:05PM

Seorang bayi maut selepas dihempap pokok ru yang tumbang di Pantai Puteri, Tanjong Kling petang semalam. Bayi berkenaan meninggal dunia tengah malam tadi. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang bayi lelaki yang cedera dihempap pokok ru yang tumbang di Pantai Puteri, Tanjong Kling petang semalam, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka kira-kira pukul 12.38 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata ketika kejadian, mangsa Mohd Zafran Ilman Mohd Sazwan berusia satu tahun empat bulan berada dalam dukungan ibunya, Nurulhuda Md Ali, 34, yang turut cedera dihempap pokok itu.

“Polis menerima maklumat awam kira-kira pukul 6.43 petang semalam dan ketika tiba di lokasi pihak kita mendapati sebatang pokok ru telah tumbang selain terdapat dua mangsa di tempat kejadian. 

“Difahamkan keluarga mangsa dari Kajang, Selangor datang bercuti dan menginap di sebuah pusat peranginan di situ. Sewaktu kejadian mangsa yang sedang mendukung bayinya berjalan ke arah pantai, secara tiba-tiba pokok itu telah tumbang lalu menimpa mangsa dan anaknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Christopher berkata menurut saksi kejadian, bahagian kepala ibu bayi itu terbenam ke dalam pasir, manakala anak lelakinya tercampak ke dalam rimbunan daun dan dahan pokok.

“Orang ramai membantu mengorek pasir pantai bagi mengeluarkan mangsa dan berjaya dikeluarkan selain mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan manakala bayinya tidak sedarkan diri disyaki mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Kesemua mangsa telah diberi rawatan awal oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi