web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Didakwa Lulus Projek Selepas Parlimen Bubar, Tuan Ibrahim Akan Fail Saman Fitnah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 8:44PM

Tuan Ibrahim Tuan Man akan memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli berhubung dakwaan kelulusan projek tebatan banjir dilakukan selepas pembubaran Parlimen - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man akan memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli berhubung dakwaan kelulusan projek tebatan banjir dilakukan selepas pembubaran Parlimen.

Tuan Ibrahim berkata beliau telah mengarahkan penguamnya Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid untuk berbuat demikian apabila menerima jawapan bertulis daripada peguam Mohd Rafizi atau selepas tamat tempoh tujuh hari yang telah diberikan dari 10 November.

Menurut Tuan Ibrahim, Mohd Rafizi yang mengadakan sidang media semalam kononnya bertujuan menjawab tuntutan yang dikemukakan olehnya sebelum ini dan memberi bukti kukuh berkenaan dakwaan itu, namun hanya membuat tuduhan palsu serta penyelewengan fakta berniat jahat untuk menjatuhkan reputasinya.

Beliau berkata pada sidang media tersebut, Mohd Rafizi menyatakan surat bertarikh 7 Oktober 2022 dikeluarkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk memaklumkan keputusan Menteri Kewangan meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 secara rundingan terus kepada Mangkubumi Sdn Bhd.

“Berdasarkan kepada surat tersebut, adalah jelas bahawa kelulusan tersebut bukanlah dibuat oleh saya ataupun KASA. Surat tersebut dikeluarkan pada 7 Oktober 2022, sebelum Parlimen dibubarkan dan bukan semasa tempoh kerajaan sementara,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook beliau hari ini. 

Justeru, Tuan Ibrahim berkata Mohd Rafizi gagal sama sekali mendedahkan bukti keterlibatan dirinya dalam kelulusan projek termasuk usahanya atau KASA untuk menganugerahkan projek tersebut ketika kerajaan sementara.

Tuan Ibrahim berkata beliau telah menyatakan dengan jelas bahawa dirinya tidak pernah berjumpa, berunding atau membuat apa-apa tindakan semasa tempoh kerajaan sementara ke arah menganugerahkan projek tersebut.

“Oleh yang demikian, terbukti dengan jelas bahawa kenyataan-kenyataan Mohd Rafizi termasuk sidang media semalam adalah satu fitnah jahat bagi menghancurkan reputasi saya khususnya dan juga parti PAS umumnya,” katanya yang juga Timbalan Presiden PAS.

Semalam, media melaporkan Mohd Rafizi dituntut mengemukakan permohonan maaf dan mencadangkan ganti rugi yang perlu dibayar kepada Tuan Ibrahim kerana didakwa memfitnah berhubung dakwaan kelulusan projek berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan Mohd Rafizi mendakwa KASA dalam proses menganugerahkan projek bernilai RM2 bilion secara rundingan terus ketika kerajaan semasa sudah dibubarkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan