web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan LRT: ‘Mudah-mudahan Ada Berita Gembira Esok’ - Ka Siong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 2:05PM

Sejumlah 16 stesen antara laluan Kelana Jaya dan Ampang Park yang digantung operasi sejak Rabu lalu mungkin kembali beroperasi semula dalam masa terdekat. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) untuk 16 stesen antara laluan Kelana Jaya dan Ampang Park yang digantung operasi sejak Rabu lalu mungkin kembali beroperasi semula dalam masa terdekat.

Berita gembira itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi satu hantaran di Facebook yang memaklumkan mengenai status kemaskini perkhidmatan LRT laluan tersebut.

Dalam satu taklimat pagi tadi, Ka Siong berkata beliau dimaklumkan bahawa sistem isyarat dan komunikasi dalam keadaan baik selepas pengujian sistem kawalan tren automatik (ATC) oleh pihak Rapid Rail sejak jam 11 malam tadi dan berakhir pada jam 5 pagi.

Menurut beliau, pengujian yang dilakukan dengan pemantauan Penguatkuasaan Rel Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) itu adalah untuk memastikan kestabilan dan keselamatan sistem sebelum meneruskan pengoperasian penuh.

“Pasukan ini telah menggerakkan 24 set tren di sepanjang laluan Putra Heights hingga Gombak. Hari ini, mereka akan menguji 38 set tren di sepanjang laluan dengan jarak lima minit antara setiap set tren.

“Sistem isyarat dan komunikasi dalam keadaan baik dan berkemungkinan besar kita dapat kembali kepada pengoperasian normal kesemua 38 hingga 40 tren di sepanjang laluan Kelana Jaya tidak lama lagi,” katanya.

Wee Ka Siong - Gambar oleh Syeda Imran
Wee Ka Siong - Gambar oleh Syeda Imran

Ujarnya lagi, beliau akan terus memantau perkembangan tersebut meskipun sedang berkempen di Parlimen Ayer Hitam.

“Mudah-mudahan saya dapat membawa berita baik esok,” katanya.

Sebelum ini, Rapid Rail mengumumkan bahawa perkhidmatan LRT untuk 16 stesen antara Kelana Jaya dan Ampang Park ditutup selama tujuh hari selepas mengalami gangguan perkhidmatan selama dua hari.

Rapid Rail adalah operator perkhidmatan LRT, Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel di Lembah Klang. 

LRT Laluan Kelana Jaya telah dibuka kepada umum pada tahun 1998. 

Pada ketika ini, laluan itu adalah yang tersibuk antara semua jajaran sistem rel kendalian Rapid KL.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, ujian ke atas sistem tersebut dilakukan oleh pasukan kejuruteraan Rapid Rail dan pengeluar peralatan asal (OEM), Thales Group.

Katanya, sistem ATC bagi laluan tersebut telah digunapakai sejak hampir 25 tahun lalu dan sememangnya telah dirancang untuk dinaik taraf. 

“Kerosakan yang dialami sekarang berlaku lebih awal dan di luar jangkaan kami,” katanya.

Beliau turut mendedahkan, berdasarkan data yang diteliti, tren berkenaan didapati tidak boleh bergerak secara automatik dan menunjukkan ia mengalami masalah teknikal. - Getaran, 12 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Pestabola Merdeka: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam Sabtu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dijangka Beroperasi Semula Februari Depan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad