web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Baling Harap Masalah Banjir Jadi Keutamaan Wakil Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 9:36AM

Penduduk berharap calon yang dipilih mewakili Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini dapat mencari penyelesaian menangani masalah banjir di kawasan berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Penduduk di Kampung Iboi dan kawasan berhampiran di daerah ini berharap calon yang dipilih mewakili Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini dapat mencari penyelesaian menangani masalah banjir di kawasan berkenaan.

Ketua Kampung Iboi Nor Mohamad Che Hussain berkata sejak tragedi banjir aliran puing pada 4 Julai lepas, sudah sembilan kali kampung-kampung di situ dilanda banjir setiap kali hujan lebat sehingga merosakkan kediaman, harta benda dan kehilangan nyawa.

“Saya dan penduduk kampung menggesa pihak berkenaan segera mendalamkan Sungai Kupang di sini supaya aliran air yang banyak ketika hujan tidak melimpah ke kawasan rumah penduduk yang terletak di kawasan rendah,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Nor Mohamad berkata terdapat 43 rumah berisiko dilanda banjir kilat setiap kali berlaku hujan lebat iaitu 24 rumah di Kampung Padang Empang, 13 di Kampung Dusun dan enam di Kampung Iboi.

Sementara itu, Pengerusi Bekalan Air Masyarakat Kampung Iboi Malik Arshad, 59, berkata kesan daripada tragedi 4 Julai lepas, bekalan air masyarakat yang dahulunya jernih telah bertukar keruh, sekali gus menjejaskan kira-kira 3,000 penduduk yang bergantung kepada bekalan air itu.

“Sudah sekian lama kami menggunakan air masyarakat yang disalurkan dari bukit malah, saya adalah generasi ketiga yang bertanggungjawab memastikan kelancaran bekalan air masyarakat ini sampai ke rumah-rumah penduduk.

“Paip rosak akibat tragedi itu sudah kami ganti, namun air masih keruh walaupun tak hujan,” katanya.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pelbagai perancangan akan dilaksanakan bagi membantu penduduk Baling khususnya di kawasan berisiko banjir.

“Saya sudah beritahu kepada semua rakyat Baling projek tebatan banjir akan bermula seawal Januari 2023 memandangkan telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dalam pembentangan bajet bagi pembinaan projek tebatan banjir bernilai RM200 juta di Baling,” katanya.

Bagi calon Pakatan Harapan (PH) Johari Abdullah, kecekapan mengurus projek berkaitan banjir dan bekalan air akan menjadi keutamaannya sekiranya menang pada hari pengundian 19 Nov ini.

Parlimen Baling menyaksikan saingan empat penjuru antara Abdul Azeez, Johari serta dua lagi calon iaitu Basir Ab Rahman (Pejuang) dan Hassan Saad (Perikatan Nasional). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad